Mitsubishi Triton Adventure X - kini dengan pilihan warna Sunflare Orange Pearl

Faisal · 2020-11-11 15:00:27

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini merasmikan pilihan warna Sunflare Orange Pearl untuk Mitsubishi Triton Adventure X.

Warna ini hadir sebagai pilihan terbaru selain warna Jet Black Mica dan White Diamond yang sedia ada.

Selain itu, jaluran warna perak hadir di bahagian sisi untuk penampilan yang lebih ranggi dan sporty.

Untuk maklumat anda, Triton Adventure X ialah varian teratas untuk trak pikap Mitsubishi di Malaysia. Dengan harga RM 137,900, ia didatangkan dengan sistem keselamatan yang tinggi seperti Forward Collision Mitigation (FCM), Blind Spot Warning dengan Lane Change Assist (BSW & LCA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS), Auto High Beam (AHB), dan 7 beg udara.

Faisal

Faisal Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Proton
Perodua
Honda
Toyota
Nissan
Mazda
Mercedes-Benz
BMW
Volvo
Ford
Hyundai
Kia