window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa barang Lancer Evo, RalliArt telah 'standby' Mitsubishi Triton untuk acara Asia Cross Country Rally!

Zamil Syaheer · Jul 27, 2022 09:00 AM

Apa barang Lancer Evo, RalliArt telah 'standby' Mitsubishi Triton untuk acara Asia Cross Country Rally! 01

Sebagai salah satu bentuk sukan permotoran yang ekstrem, rali benar-benar menguji manusia dan juga jentera dalam keadaan yang mencabar dari awal hingga akhir. Oleh itu, Mitsubishi Motors Corporation mengumumkan bahawa Pasukan Mitsubishi RalliArt telah berjaya menghabiskan ujian prestasi dan ketahanan bagi Mitsubishi Triton Rally Car sebagai persediaan Asia Cross Country Rally pada November 2022.

Apa barang Lancer Evo, RalliArt telah 'standby' Mitsubishi Triton untuk acara Asia Cross Country Rally! 02

Ujian telah dijalankan di trek ujian off-road di Thailand bulan lepas. Ia mensimulasikan pelbagai laluan dan muatan yang mungkin akan diharungi oleh Triton dalam persaingan sebenar untuk mengukur prestasi dan ketahanan suspensi serta enjin.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Trek ujian tersebut lengkap dengan persekitaran rali sebenar dengan jalan rata yang memerlukan kelajuan tinggi, jalan kasar dan jalan kecil berliku yang melalui hutan dan gunung.

Apa barang Lancer Evo, RalliArt telah 'standby' Mitsubishi Triton untuk acara Asia Cross Country Rally! 01

“Mitsubishi Triton mempunyai sistem suspensi yang kukuh dengan prestasi pemanduan yang cemerlang. Kami telah mengurangkan berat kereta sebanyak mungkin tetapi masih mengekalkan kekuatan dan ketahanan untuk dapat menyokong penalaan kereta lumba rali sebaik mungkin.

Setelah memandu lebih 800 kilometer dalam tempoh dua hari, Triton Rally Car telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang ujian getir, mencapai hasil mengikut apa yang telah kami tetapkan,” kata Hiroshi Masuoka, Pengarah Pasukan Mitsubishi RalliArt.

Baca juga: Spyshot: Mitsubishi Triton edisi Phantom Plus Edition diacah - Hilux, D-Max dan Triton pun tak ada ciri khasnya?

Apa barang Lancer Evo, RalliArt telah 'standby' Mitsubishi Triton untuk acara Asia Cross Country Rally! 02

Digembar-gemburkan sebagai salah satu merentas-negara yang paling ekstrem, Asia Cross Country Rally berlangsung selama kira-kira seminggu dari 21 – 26 November 2022, meliputi kira-kira 1,700 km di sepanjang denai alam semula jadi yang kompleks di Asia Tenggara.

Ia akan bermula di Wilayah Buriram, yang terletak di wilayah timur laut Thailand, sebelum menyeberang ke Kemboja dan berakhir di tapak warisan dunia Angkor Wat.

Apa barang Lancer Evo, RalliArt telah 'standby' Mitsubishi Triton untuk acara Asia Cross Country Rally! 03

Mitsubishi Triton Rally Car akan bersaing dalam kelas T1 (kereta lumba merentas negara). Menurut buku peraturan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), ia adalah kereta lumba yang dibina pada trak pikap Mitsubishi Triton versi pengeluaran dan mengekalkan pintu depan dan belakang termasuk kabin asal.

Berat telah dibuang sebanyak mungkin, manakala casis telah diperkukuh untuk keselamatan. Pengendalian Triton ini telah diberikan naik taraf dengan sistem suspensi Cusco, siap dengan limited slip differential (LSD) di bahagian depan dan belakang bagi meningkatkan cengkaman.

Baca juga: Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best!

Apa barang Lancer Evo, RalliArt telah 'standby' Mitsubishi Triton untuk acara Asia Cross Country Rally! 04

Yokohama menaja Mitsubishi dengan tayar lumpur Geolander M/T G003 mereka, dilekatkan pada roda aloi yang ringan.

Soal trenkuasa pula, enjin diesel turbo MIVEC 2.4 liter telah ditala oleh tidak lain dan tidak bukan oleh penala legenda HKS. Fokus utama untuk rali bukanlah kuasa dan tork yang tinggi, tetapi lebih kepada ‘powerband’ yang optimum.

Apa barang Lancer Evo, RalliArt telah 'standby' Mitsubishi Triton untuk acara Asia Cross Country Rally! 05

Setelah pakej enjin siap, ruang enjin telah ditutup dengan baik supaya Triton dapat mengharungi air; sesuatu yang tidak dapat dielakkan semasa perlumbaan itu berlangsung. Sudah tentu, terdapat snorkel untuk menyalurkan udara ke dalam enjin.

Walaupun jarak perlumbaan tahun ini agak singkat berbanding 2,000 atau lebih kilometer, para pemandu serta keseluruhan pasukan RalliArt tahu tentang apa yang bakal mereka lalui. Kita akan lihat jika persediaan ketahanan Mitsubishi akan membuahkan hasil pada bulan November.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda