window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Mitsubishi Triton edisi Phantom Plus Edition diacah - Hilux, D-Max dan Triton pun tak ada ciri khasnya?

Haris · Jul 22, 2022 02:00 PM

Spyshot: Mitsubishi Triton edisi Phantom Plus Edition diacah - Hilux, D-Max dan Triton pun tak ada ciri khasnya? 01

Umum mengetahui bahawa Mitsubishi Triton Athlete adalah model varian tertinggi dalam barisan Triton. Walaubagaimanapun, Mitsubishi Motors Malaysia dijangka akan menawarkan sebuah lagi varian istimewa iaitu Mitsubishi Triton Phantom Plus dengan imej acah yang dipromosikan oleh Facebook rasmi mereka serta beberapa foto intipan yang tiba ke meja editor Wapcar.my.

Sebelum ini, Mitsubishi Triton Phantom pernah ditawarkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2016 terhad 200 unit sahaja. Ketika itu, Mitsubishi Triton Phantom dihasilkan berdasarkan Mitsubishi Triton VGT Adventure (varian teratas dahulu, kini diganti dengan Athlete). Ketika itu ia menawarkan gaya "keras lagi jahat" dengan perincian semakan semula gril, bumper dan palang pengukuh.

Model Phantom Plus baharu tahun 2022 ini dilihat merupakan keseinambungan untuk varian eksklusif terhad yang telah lama menjadi tawaran MMM sebagai "perencah tambahan" dalam segmennya. Ciri khas untuk Phantom Plus yang ditawarkan agak menarik... boleh google model ini di negara jiran kerana untuk Malaysia, ia dikaburkan justeru tak dapat ditulis di sini secara rasmi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Iklan Mitsubishi Triton ini menggamit memori gaya hidup kita sebelum PKP

Spyshot: Mitsubishi Triton edisi Phantom Plus Edition diacah - Hilux, D-Max dan Triton pun tak ada ciri khasnya? 01

Kredit: Zukhairy Abu Bakar

Selain itu, Mitsubishi Triton dengan nama Phantom pada bahagian belakang diintip di atas treler, berkemungkinan menuju ke bilik pameran pengedar. Tak banyak yang boleh diperkatakan melainkan perincian nama PHANTOM tersebut serta kehadiran warna hitam.

Sebagai varian edisi khas, peralatan kelengkapan tambahan dijangka akan turut ditawarkan dan jika anda mahukan sebuah trak pikap yang "berbeza dengan raksasa lain", ketahuilah bahawa pendaftaran minat telah dibuka di pautan ini.

Spyshot: Mitsubishi Triton edisi Phantom Plus Edition diacah - Hilux, D-Max dan Triton pun tak ada ciri khasnya? 02

Tiada tarikh pelancaran mahupun harga telah didedahkan tetapi pada hemat kami, ia sepatutnya tidak lama lagi.

Ketika ini, varian teratas Triton ialah varian Athlete, berharga RM 146,600 atas jalan tanpa insurans. Ia dikuasakan oleh enjin 2.4 liter turbodiesel, menghasilkan 181 PS dan 430 Nm. Tugas kestabilan di atas jalan raya diampu oleh transmisi automatik 6-kelajuan dan sistem pacuan 4-roda Super Select 4WD-II.

Baca: Mitsubishi cantas Nissan dalam Top 5 jenama kereta Malaysia - jualan Xpander dan Triton laku keras!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda