window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bilik pameran BYD pertama akan buka di TREC KL bulan ini, lagi 39 menjelang 2024: pelan RM 500 juta

Faisal ยท Dec 11, 2022 08:00 PM

Bilik pameran BYD pertama akan buka di TREC KL bulan ini, lagi 39 menjelang 2024: pelan RM 500 juta 01

Sewaktu pelancaran BYD Atto 3 di tempoh hari, Andrew Basham iaitu selaku Pengarah Urusan buat Sime Darby Motors mengumumkan bahawa bilik pameran BYD pertama di Malaysia akan dibuka pada bulan ini juga. Syarikat itu menjangkakan bahawa fasiliti itu akan meningkat kepada 20 buah menjelang akhir tahun 2023.

Juga bacaBYD Atto 3 dilancar di Malaysia - dari RM 150k, SUV EV saiz X50 dengan jarak pandu 480 km

Menariknya, kebanyakan bilik pameran yang dirancang adalah pusat 3S (sales, service & spare parts). Bilik pameran pertama yang beliau sebutkan terletak di TREC KL dan ia akan dibuka seawal pertengahan bulan ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bilik pameran BYD pertama akan buka di TREC KL bulan ini, lagi 39 menjelang 2024: pelan RM 500 juta 01

Kata Basham, โ€œSaya bangga mengumumkan bahawa Sime Darby Motors akan ada pusat pengalaman BYD pertama di Malaysia iaitu di TREC KL pada pertengahan bulan ini. Lagi tiga pula akan dibuka di Ara Damansara, Pulau Pinang dan Johorโ€.

Bilik pameran BYD pertama akan buka di TREC KL bulan ini, lagi 39 menjelang 2024: pelan RM 500 juta 02

Ulas beliau, โ€œDengan adanya rakan pengedar, kami menjangkakan bahawa pusat pengalaman BYD akan berkembang kepada 20 buah menjelang akhir tahun 2023, dan berganda pada akhir 2024โ€.

Juga bacaBYD Seal dipamerkan di Malaysia, bakal tembus pasaran, jarak pandu 700 km, 530 PS

Bilik pameran BYD pertama akan buka di TREC KL bulan ini, lagi 39 menjelang 2024: pelan RM 500 juta 03

Dalam masa yang sama, Basham menambah bahawa setengah billion ringgit (RM 500 juta) sedang digunakan untuk pelan mengembangkan jenama BYD. Dengan pelaksanaan yang cepat, projek kereta penumpang BYD ini akan menyumbang kepada 600 peluang pekerjaan baharu di Malaysia.

Juga bacaBYD Atto 3 berjaya tarik sehingga 4.5k rakyat Malaysia untuk mencubanya!

Bilik pameran BYD pertama akan buka di TREC KL bulan ini, lagi 39 menjelang 2024: pelan RM 500 juta 04

Secara amnya, EV pertama yang BYD ketengahkan di Malaysia adalah melalui sebuah model SUV segmen C iaitu Atto 3. BYD Seal dan BYD Dolphin yang turut dipamerkan pula dijangka membuat pelancaran pada suku 4 2023.

Juga baca6 perkara tentang BYD Dolphin, EV harga bawah RM 100k pertama di Malaysia?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia