window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW Malaysia: Jualan 2021 turun 5.6% tapi kekal No.1 – 3 Series, 2 Series GC & 5 Series laku teruk

Faisal · Feb 25, 2022 09:00 AM

BMW Malaysia: Jualan 2021 turun 5.6% tapi kekal No.1 – 3 Series, 2 Series GC & 5 Series laku teruk 01

  • BMW Group Malaysia menyerah sehingga 10,500 unit pada tahun 2021, menurun 4.7%
  • Kereta BMW yang diserah cecah 8,400 unit, menurun 5.6% berbanding 8,903 unit pada tahun 2020
  • Mendahului Mercedes-Benz untuk kekal sebagai jenama kereta premium No.1 di Malaysia dua tahun berturut-turut

BMW Group Malaysia hari ini mengumumkan bahawa pada tahun 2021, mereka telah menyerahkan sehingga 10,500 kenderaan tetapi prestasi ini sebenarnya menurun 4.7% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah jualan kumpulan tersebut termasuklah 8,400 unit kereta, 1,100 motosikal dan hampir 940 unit MINI.

BMW Malaysia: Jualan 2021 turun 5.6% tapi kekal No.1 – 3 Series, 2 Series GC & 5 Series laku teruk 02

Menariknya, jualan kereta BMW sebenarnya menurun 5.6% berbanding 8,903 unit yang diraih pada tahun 2020. Jualan MINI pula menurun 4.7%, iaitu daripada 987 unit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walau bagaimanapun, BMW Group masih kekal No.1 dalam segmen kenderaan premium di Malaysia, iaitu dua tahun berturut-turut. MINI pula kekal sebagai No.3. Secara amnya, kereta BMW memegang bahagian pasaran sebanyak 47%.

BMW Malaysia: Jualan 2021 turun 5.6% tapi kekal No.1 – 3 Series, 2 Series GC & 5 Series laku teruk 01

Secara teknikal, hampir 1 daripada 3 kereta BMW yang dijual di Malaysia adalah 3 Series (cecah 8,400 unit). Ia sahaja dah merangkumi 28% daripada jumlah jualan kereta BMW. Varian paling popular adalah 320i (RM 249,389).

BMW Malaysia: Jualan 2021 turun 5.6% tapi kekal No.1 – 3 Series, 2 Series GC & 5 Series laku teruk 02

Dua model lain yang paling popular adalah 218i Gran Coupe (dari RM 221,817), iaitu dengan penyerahan mencecah 1,270 unit dan BMW 5 Series (1,150 unit). Varian paling popular buat sedan eksekutif ini adalah 530i M Sport (dari RM 391,856).

BMW Malaysia: Jualan 2021 turun 5.6% tapi kekal No.1 – 3 Series, 2 Series GC & 5 Series laku teruk 03

Untuk kategori SUV, model X BMW menyaksikan penyerahan sehingga 3,200 unit kenderaan. Prestasi ini didahului oleh X1 (hampir 960 unit), diikuti oleh X5 (cecah 850 unit).

BMW Malaysia: Jualan 2021 turun 5.6% tapi kekal No.1 – 3 Series, 2 Series GC & 5 Series laku teruk 04

MINI Countryman pula mewakili 68% daripada jumlah jualan MINI (cecah 940 unit).

BMW Malaysia: Jualan 2021 turun 5.6% tapi kekal No.1 – 3 Series, 2 Series GC & 5 Series laku teruk 05

Untuk pengetahuan anda, BMW Group Financial Services Malaysia telah menawarkan kewangan kepada hampir 5,500 kenderaan, iaitu 50% daripada jumlah kenderaan yang diserah, termasuklah BMW Motorrad.

Kereta CKD ke 100,000 yang dihasilkan di kilang Kulim

Pusat pemasangan BMW Group Malaysia yang terletak di Kulim akan menghasilkan kereta (CKD) yang ke-100,000 tidak lama lagi.

BMW Malaysia: Jualan 2021 turun 5.6% tapi kekal No.1 – 3 Series, 2 Series GC & 5 Series laku teruk 06

Baru-baru ini, BMW X3 xDrive30e M Sport (dari RM 348,138) adalah model CKD terbaru dan ini menandakan varian dan model ke-18 yang dipasang oleh kilang tersebut.

Juga bacaBMW X3 xDrive30e M Sport dilancar ke Malaysia – X3 versi hibrid PHEV, CKD, RM 356,800

Jualan BMW & MINI di Malaysia, 2021 (unit, anggaran)
Kereta BMW ~8,400
3 Series ~2,400
2 Series GC ~1,270
5 Series ~1,150
X1 ~960
X5 ~850
MINI ~940
BMW Motorrad ~1,100
Jumlah ~10,500

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda