window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bukan Honda ADV 350, tapi Honda ADV 250 sah bakal diperkenal di pasaran tempatan!

Khairil · Jan 12, 2023 11:00 AM

Bukan Honda ADV 350, tapi Honda ADV 250 sah bakal diperkenal di pasaran tempatan! 01

Sedia maklum, skuter bergaya 'Adventure' Honda ADV 350 sudah pun membuat debut di pasaran Eropah pada penghujung tahun 2021 dan skuter berkenaan 'mendarat' di pasaran jiran Thailand sekitar Mac tahun lalu.

Bukan Honda ADV 350, tapi Honda ADV 250 sah bakal diperkenal di pasaran tempatan! 02

Honda ADV 350

Bersandarkan popularitinya, Honda ADV 350 jelas tidak mengambil masa begitu lama untuk tiba ke rantau ini namun 'perjalanannya' seakan tersekat untuk pasaran seperti Indonesia dan Malaysia yang mempunyai pengkelasan lesen berbeza.

Bukan Honda ADV 350, tapi Honda ADV 250 sah bakal diperkenal di pasaran tempatan! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan untuk mengisi 'lompong' itu, Honda dikatakan akan menghasilkan model yang sedikit berbeza iaitu Honda ADV 250. Situasi berkenaan bukan sesuatu yang pelik dan dapat dilihat menerusi model seperti Honda Forza yang dijual dalam versi 350 di Thailand dan dijual dalam versi Forza 250 di pasaran tempatan.  

Juga baca: Honda ADV 250 katanya buat 'debut' tahun ini, Malaysia antara destinasi?

Bukan Honda ADV 350, tapi Honda ADV 250 sah bakal diperkenal di pasaran tempatan! 01

Imej dokumen daftar paten yang tertiris di Indonesia

Seperti pernah dilaporkan sebelum ini, termasuk kami di Wapcar, imej dan daftar paten Honda ADV 250 sudah pun tertiris, tahun lalu di Indonesia namun tiada perkembangan lanjut mengenainya sehingga kini.

Bukan Honda ADV 350, tapi Honda ADV 250 sah bakal diperkenal di pasaran tempatan! 02

Tidak dapat dipastikan bila pihak Honda akan melancarkan skuter berkenan secara 'premiere', tetapi mengikut sumber yang memaklumkan kepada Wapcar, pihak Honda Motor Malaysia memang menjadualkan Honda ADV 250 untuk pasaran tempatan. 

Juga baca: Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium!

Bukan Honda ADV 350, tapi Honda ADV 250 sah bakal diperkenal di pasaran tempatan! 03

Justeru, ia memberi makna model Honda ADV 350 tidak akan tiba di sini. 

Bukan Honda ADV 350, tapi Honda ADV 250 sah bakal diperkenal di pasaran tempatan! 04

Mengikut makumat yang diperoleh lagi, Honda ADV 250 masih berada dalam sesi ujian di Jepun. Begitupun, ia dijangkakan akan dilancarkan di seberang terlebih dulu sebelum memasuki pasaran tempatan.

Bukan Honda ADV 350, tapi Honda ADV 250 sah bakal diperkenal di pasaran tempatan! 05

Dan seperti kebanyakan model 'adik beradik' lain antaranya Forza 250 dan 350, perbezaan diantara kedua-dua model hanya membabitkan trenkuasa dengan rekaan dan ciri-ciri yang dimiliki dijangka serupa.

Bukan Honda ADV 350, tapi Honda ADV 250 sah bakal diperkenal di pasaran tempatan! 06

Antaranya adalah seperti kapasiti tangki bahan api sebesar 11.7 liter, teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC), sistem suspensi (Fork depan USD), sistem brek termasuk set roda 120/70-R15 (depan) dan 140/70-R14 (belakang) serta visor angin boleh laras 4 tetapan.

Bukan Honda ADV 350, tapi Honda ADV 250 sah bakal diperkenal di pasaran tempatan! 07

Selain itu, ia dijangka turut memiliki sistem sambungan ke telefon pintar Honda Smartphone Voice Control, sistem kunci pintar, sistem brek ESS (Emergency Stop Signal), sistem lampu LED penuh, panel meter digital LCD dan beberapa lagi ciri yang sama seperti Honda ADV 350.

Bukan Honda ADV 350, tapi Honda ADV 250 sah bakal diperkenal di pasaran tempatan! 08

Kepada yang ingin tahu bilakah tarikh tepat bila skuter ini akan tiba, BSH sendiri masih tidak dapat memberikan maklumat berkenaan. Jadi, sama-sama kita bersabar.

Juga baca: Honda ADV 350 2022 mendarat di Thailand, 2 varian, harga bermula RM 22.8k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda