window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cabaran bermula buat Razlan, WithU Yamaha RNF MotoGP Team di Qatar

Khairil ยท Mar 4, 2022 07:00 PM

Cabaran bermula buat Razlan, WithU Yamaha RNF MotoGP Team di Qatar 01

Selepas dihimpit pelbagai masalah dan kontroversi, pasukan yang boleh dianggap sebagai 'serpihan' Petronas Yamaha SRT iaitu WithU Yamaha RNF MotoGP Team milik Datuk Razlan Razali bakal menempuh perlumbaan sulungnya di Qatar, hujung minggu ini.

Mempertaruhkan pelumba berpengalaman, Andrea Dovizioso dan 'rookie' atau muka baharu dalam kelas elit MotoGP, Darryn Binder, pelbagai persiapan dijalankan menjelang aksi pembukaan Kejuaraan Motosikal Dunia musim 2022 di Litar Antarabangsa Losail itu.

Juga baca: RNF Racing, inspirasi dan bukti kasih sayang Razlan Razali kepada keluarga!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cabaran bermula buat Razlan, WithU Yamaha RNF MotoGP Team di Qatar 01

Sentiasa menjadi perhatian sejak berakhirnya kempen bersama Valentino Rossi musim lalu, pasti segala tumpuan terarah kepada Razlan yang juga Prinsipal pasukan untuk melihat sejauh mana kemampuan pasukan itu mengharungi musim yang lebih mencabar.

Selepas mengharungi dua ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang dan Litar Mandalika bulan lalu, input yang diterima dikatakan positif sekaligus memberi petanda pasukan itu sudah pun sedia menempuh cabaran mendatang.

Juga baca: Tiada lagi SRT di MotoGP musim depan, 'pasukan negara' dijenama semula kepada RNF MotoGP Racing!

Cabaran bermula buat Razlan, WithU Yamaha RNF MotoGP Team di Qatar 02

"Kami sudah bersedia. Kami sememangnya menantikan perlumbaan pertama ini dan saya yakin ia turut dirasai oleh peminat di seluruh dunia. Kami mengharungi beberapa ujian yang baik di Sepang dan Mandalika," kata Razlan yang sebelum ini mengemudi pasukan Petronas Yamaha SRT dan meraih pelbagai kejayaan membanggakan.

"Kedua-dua pelumba cuba untuk memahami jentera mereka terutama Binder yang menjadi pelumba 'rookie' dari kelas Moto3 ke MotoGP. Ia juga satu ujian buat keseluruhan kru yang menjadi sebuah pasukan baharu.

Cabaran bermula buat Razlan, WithU Yamaha RNF MotoGP Team di Qatar 03

Razlan Razali

"Jadi, ini akan turut menjadi satu lagi ujian buat kami sebagai sebuah pasukan pada minggu perlumbaan," katanya.

Dari sudut pelumba iaitu Dovizioso dan Binder, kedua-duanya tampak tidak sabar untuk menyahut cabaran yang disajikan MotoGP pada musim ini bermula di Qatar.

Juga baca: WithU Yamaha RNF MotoGP dapat 'tonik', 2 syarikat Malaysia RCB, Telcowin jalin kerjasama!

Cabaran bermula buat Razlan, WithU Yamaha RNF MotoGP Team di Qatar 04

Andrea Dovizioso

"Jelas, ia membuatkan saya amat teruja bukan saja untuk tiba di sini (Qatar), tetapi untuk menunggang di sini bersama Yamaha YZR-M1 dan memulakan musim ini," kata Dovi.

"Saya sememangnya menantikan perlumbaan MotoGP pertama saya dan kemudian perlumbaan seterusnya," kata Binder.

Cabaran bermula buat Razlan, WithU Yamaha RNF MotoGP Team di Qatar 05

Darryn Binder

Secara keseluruhan, saingan MotoGP 2022 akan berlangsung dalam 21 pusingan dengan GP Malaysia di Sepang dijadual pada 23 Oktober nanti.

Juga baca: WithU RNF Yamaha MotoGP tayang 'livery' musim 2022, Razlan sasar gelaran 'Independent' terbaik!

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda