window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cal Crutchlow ganti Franco Morbidelli di Petronas SRT, tapi...

Khairil ยท Jul 29, 2021 05:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cal Crutchlow ganti Franco Morbidelli di Petronas SRT, tapi... 01

Franco Morbidelli

Naib juara dunia MotoGP musim lalu, Morbidelli terpaksa diketepikan bagi memberinya peluang menjalani proses pemulihan susulan kecederaan lutut yang dihadapinya bulan lalu.

Crutchlow, 35, bersara daripada kancah MotoGP pada penghujung musim lalu dan mempunyai tiga kemenangan bersama pasukan Honda dan disambar Yamaha pada musim ini untuk menjadi pelumba ujian. Begitupun, situasi semasa dan sekatan susulan Covid-19 mengganggu jadual ujiannya.

Cal Crutchlow ganti Franco Morbidelli di Petronas SRT, tapi... 02

Petronas Yamaha SRT sebelum ini menggunakan khidmat pelumba Amerika Syarikat, Garrett Gerloff bagi menggantikan Morbidelli di GP Belanda namun disebabkan komitmennya terhadap WSBK, kerjasaman itu tidak dapat diteruskan terutama pada 8 Ogos nanti.

Cal Crutchlow ganti Franco Morbidelli di Petronas SRT, tapi... 03

Sekalipun jentera spesifikasi A 2019 yang digunakan Morbidelli tidak sesuai untuk ujian terhadap perkakasan terbaharu jentera Yamaha, kehadiran Crutchlow bersama pasukan itu akan mengekalkan staminanya selain dapat mengkaji kekuatan dan kelemahan pencabar jenama berkenaan.

Juga baca: Akhirnya, 'jodoh' Valentino Rossi dengan Petronas Yamaha SRT hanya semusim?

Selain Crutchlow, satu lagi nama besar dalam MotoGP yang keluar daripada persaraan di Austria nanti ialah bekas pelumba Honda, Dani Pedrosa yang berlumba atas tiket wildcard bersama pasukan KTM.

Cal Crutchlow ganti Franco Morbidelli di Petronas SRT, tapi... 04

"Saya tidak sabar untuk menunggang bersama pasukan Petronas Yamaha SRT dalam tiga pusingan ini. Jelas ia bukan situasi yang baik dan saya berharap Franco akan pulih dengan baik, dan berharap dia akan kembali beraksi dengan lebih hebat selepas pembedahan lutut," kata Crutchlow.

"Saya fikir sukar untuk meletakkan sasaran untuk tiga perlumbaan ini dan ia lebih kepada kefahaman terhadap jentera. Perkara yang baik saya dapat membandingkan jentera ini dan memberikan banyak maklumat kepada Yamaha."

Juga baca: 'Langkah ke belakang' jika saya sertai Petronas Yamaha SRT - Jorge Lorenzo

Prinsipal pasukan Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali berkata: "Selepas melihat segala pilihan, ia adalah keputusan bersama diantara Yamaha dan kami untuk meminta Cal Crutchlow mengisi kekosongan ditinggalkan Franco yang sedang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.

Cal Crutchlow ganti Franco Morbidelli di Petronas SRT, tapi... 05

Razlan Razali (tengah)

"Cal adalah pelumba yang boleh dipercayai dan berpengalaman, yang juga pelumba ujian untuk Yamaha ketika ini. Sebagai pasukan satelit, inilah yang kami boleh lakukan untuk membantu Yamaha. Cal boleh mendapatkan jarak tunggangan yang baik untuk jentera M1 kami, yang sepatutnya membantu ujian dan pembangunan untuk Yamaha."

Cal Crutchlow ganti Franco Morbidelli di Petronas SRT, tapi... 06

Valentino Rossi

Ketika ini, antara perkembangan menarik untuk diikuti adalah perkembangan mengenai masa depan seorang lagi pelumba Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi sama akan menggantung sut lumba atau tidak.

Sumber imej: FB Petronas Yamaha SRT, Twitter Cal Crutchlow

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda