window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CARSOME Service Center - bengkel servis kereta yang berkualiti, telus & menjimatkan kos

Faisal · Feb 22, 2023 12:00 PM

CARSOME Service Center - bengkel servis kereta yang berkualiti, telus & menjimatkan kos 01

  • Menepati standard CARSOME Certified
  • Telus dan terus memberi harga penuh untuk servis
  • Sasar untuk menyelesaikan titik ‘sakit’ pelanggan dan menguatkan ekosistem mereka

Tahun lepas, CARSOME menjual sehingga 150,000 unit kereta pra-milik dan melihat pada usia kereta-kereta tersebut, tempoh waranti asal dari kilang kebanyakannya dah hampir tamat atau sudah habis. Jadi, mencari tempat yang dipercayai untuk menyelenggara kereta yang dibeli pasti berlegar dalam fikiran pelanggan. Dalam hal ini, CARSOME komited untuk memberikan ketelusan sama seperti membeli kereta dari mereka dan usaha ini baru sahaja direalisasikan oleh CARSOME Service Center.

Buat masa sekarang, fasiliti ini sudah ada di Petaling Jaya dan Ampang. Pemilik kereta kiranya sudah boleh membuat temu janji pemeriksaan atau servis kenderaan di laman CARSOME Service Center di sini.

Menurut tinjauan CARSOME, 80% daripada kereta CARSOME yang telah tamat waranti dari pengeluarnya pergi ke bengkel biasa berbanding pusat servis rasmi yang berharga lebih mahal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaNak dapat status CARSOME Certified, kereta wajib lulus cek 175 mata, pembeli menikmati jaminan wang dikembalikan 5-hari

CARSOME Service Center - bengkel servis kereta yang berkualiti, telus & menjimatkan kos 01

Menariknya, CARSOME Service Center terbuka juga untuk semua kenderaan dan pemilik kereta yang bukan dibeli dari CARSOME juga boleh datang untuk diselenggara.

CARSOME Service Center - bengkel servis kereta yang berkualiti, telus & menjimatkan kos 02

Berkenaan bengkel ini, pengasas bersama CARSOME, Eric Cheng menjelaskan bahawa, “CARSOME Service Center menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang dipercayai dan memberikan pengalaman penjagaan kereta yang menenangkan. Kami komited untuk memberikan kualiti penyelenggaraan kereta yang boleh dipercayai dan berharga mampu milik. Cara kami adalah dengan menggunakan platform tempahan digital yang telus dan diterajui oleh standard dan kepakaran CARSOME dalam menyediakan satu hab untuk semua buat pemilik-pemilik kereta”.

Ulas beliau juga, “Kami bersyukur di atas sokongan yang diberi oleh pihap berkepentingan kerajaan termasuklah dari Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi (MOSTI) yang mana mereka telah lama menyokong CARSOME melalui MAVCAP. Tidak lupa juga kepada MDEC yang telah lama membantu kami memperkenalkan inovasi servis kepada pasaran Malaysia melalui Malaysian Digital Acceleration Grant”.

Jadi, kalau anda tidak pasti tentang apa yang perlu dijaga atau diberi perhatian pada kereta anda, CARSOME Service Center ada pemeriksaan 20-mata percuma yang mana mekanik akan meneliti bahagian mana yang perlu diselenggara atau diganti.

Juga bacaServis kereta di Carsome Service Center, dapat diskaun RM 50!

CARSOME Service Center - bengkel servis kereta yang berkualiti, telus & menjimatkan kos 03

20-mata yang dimaksudkan merangkumi semua komponen termasuklah aspek elektrik dan elektronik, bahagian bawah kenderaan untuk pemeriksaan kebocoran, tayar & roda, brek dan bahagian kabin. Setelah pemeriksaan dibuat, pelanggan akan dimaklumkan tentang apa permasalahan yang ada dan kos penuh yang akan dikenakan, semua sebelum sebarang kerja dimulakan.

Secara teknikal, pusat servis ini hanya menggunakan alat ganti, pelincir dan bendalir yang berkualiti. Mekaniknya juga cukup bertauliah.

CARSOME Service Center - bengkel servis kereta yang berkualiti, telus & menjimatkan kos 04

Untuk penyelenggaraan berkala, terdapat 3 pakej.

Pakej asas iaitu Essential bermula dari harga RM 98 yang ia disyorkan untuk setiap 5,000 km atau 10,000 km. Antara servis yang dibuat adalah:

  • Penukaran minyak enjin
  • Penukaran penapis minyak
  • Penukaran minyak pembasuh drain plug
  • Penukaran pembersih cermin

Atas dari Essential pula adalah pakej Standard dan Comprehensive. Kedua-dua pakej merangkumi penukaran penapis udara, minyak brek, minyak transmisi dan penukaran cecair penyejuk.

CARSOME Service Center - bengkel servis kereta yang berkualiti, telus & menjimatkan kos 05

Walaupun jadual penyelenggaraan sudah ditetapkan, pelanggan sebenarnya boleh memilih item apa yang hendak ditukar secara asing.

CARSOME Service Center - bengkel servis kereta yang berkualiti, telus & menjimatkan kos 06

Menariknya, CARSOME Service Center turut menerima pelanggan secara walk-in tetapi kalau nak jimat masa, lebih baik anda buat temu janji. Waktu operasinya adalah dari Isnin – Sabtu bermula jam 8.30 am – 5.30 pm. Ahad dan hari cuti umum pula akan ditutup.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda