window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CFMoto 450SR 2022 hampiri pelancaran, enjin 'parallel-twin', 49.6 Hp, tork 39 Nm!

Khairil ยท Apr 5, 2022 04:00 PM

CFMoto 450SR 2022 hampiri pelancaran, enjin 'parallel-twin', 49.6 Hp, tork 39 Nm! 01

Ramai yang teruja apabila syarikat pengeluar motosikal terkemuka China, CFMoto mendedahkan motosikal 'Sportbike' jenama itu SR-C21 secara konsep ketika Pameran Motosikal Milan (EICMA), tahun lalu.

Tampil dengan rekaan cukup menarik dan 'Sporty' ditambah dengan komponen premium, SR-C21 sememangnya membuka mata ramai pihak di mana pelancaran rasminya dijangkakan dijadual pada tahun ini.

Juga baca: CFMoto SR Vision Concept, Sportbike 'berkuasa tinggi' dengan rekaan agresif, futuristik dipertontonkan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

CFMoto 450SR 2022 hampiri pelancaran, enjin 'parallel-twin', 49.6 Hp, tork 39 Nm! 01

Dan perkembangan terbaharu, model motosikal Sportbike paling berkuasa yang pernah dibina syarikat itu akhirnya ditayangkan sekali lagi bersama perincian yang lebih lengkap beserta nama, CFMoto 450SR 2022.

Seperti namanya dan berdasarkan maklumat yang didedahkan, CFMoto 450SR 2022 dipadankan dengan enjin bersesaran 450 cc.

CFMoto 450SR 2022 hampiri pelancaran, enjin 'parallel-twin', 49.6 Hp, tork 39 Nm! 02

Kuasa yang dijana motosikal ini adalah 49.6 Hp dan tork 39 Nm. Justeru, ia setaraf dengan model 'Sportbike' dalam segmen sama terutama daripada Honda dan Kawasaki.

Turut didedahkan adalah kelajuan maksimum motosikal ini yang didakwa boleh melebihi 190 km/j. 

Juga baca: Pelancaran CFMoto 700CL-X di Malaysia pada November, harga asas RM 28.8k!

CFMoto 450SR 2022 hampiri pelancaran, enjin 'parallel-twin', 49.6 Hp, tork 39 Nm! 03

Apa yang lebih menarik, sekalipun menggunakan enjin lebih berkuasa berbanding 'saudaranya' CFMoto 300SR, berat CFMoto 450SR 2022 dikatakan sama.

Selain trenkuasa yang dianggap memuaskan, antara kekuatan atau kelebihan motosikal jenama China termasuk CFMoto adalah penawaran harganya yang mampu milik namun tetap dilengkapi dengan ciri-ciri menarik. 

CFMoto 450SR 2022 hampiri pelancaran, enjin 'parallel-twin', 49.6 Hp, tork 39 Nm! 04

Begitupun tidak seperti SR-C21, CFMoto 450SR 2022 tidak dibekalkan dengan brek cakera berkembar (depan), ekzos SC Project dan berkemungkinan tidak menggunakan 'single-sided swingarm'.

Tetapi, ia masih menggunakan fork depan jenis terbalik (USD), brek cakera dengan kaliper Brembo, sistem lampu LED penuh, paparan panel meter digital yang canggih. Dan seperti SR-C21, ia juga mempunyai 'winglet' ala jentera MotoGP.

Juga baca: CFMoto umum harga 'Grand Touring' CFMoto 1250 TR-G, berprestasi tinggi, harga 'marhaen'!

CFMoto 450SR 2022 hampiri pelancaran, enjin 'parallel-twin', 49.6 Hp, tork 39 Nm! 05

CFMoto SR-C21

CFMoto 450SR 2022 hampiri pelancaran, enjin 'parallel-twin', 49.6 Hp, tork 39 Nm! 06

Seperti kebiasaan juga, CFMoto 450SR 2022 akan dirasmikan di pasaran China sebelum menjengah pasaran antarabangsa termasuk Malaysia.

CFMoto 450SR 2022 hampiri pelancaran, enjin 'parallel-twin', 49.6 Hp, tork 39 Nm! 07

Di pasaran tempatan, CFMoto Malaysia sudah menghadirkan beberapa model untuk peminatnya di negara ini terbaharu model bergaya 'moden retro, CFMoto 700 CL-X.

CFMoto 450SR 2022 hampiri pelancaran, enjin 'parallel-twin', 49.6 Hp, tork 39 Nm! 08

Jadi, peluang untuk CFMoto 450SR 2022 ini turut mendarat ke Malaysia juga ada. Sama-sama kita nantikan perkembangan menarik selanjutnya.

Juga baca: CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda