window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery buka institut penyelidikan untuk pembangunan sumber tenaga baru, berasas elektrik & pintar

Faisal ยท Apr 18, 2022 10:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pusat yang dinamakan sebagai Anhui Energy Vehicles and Intelligent Connected Vehicles Industry Research Institute ini menandakan lembaran baru Chery dalam sumber tenaga baru, penyambungan pintar, ekologi dan perkongsian platform.

Chery buka institut penyelidikan untuk pembangunan sumber tenaga baru, berasas elektrik & pintar 01

Platform Chery @Life.

Institut penyelidikan ini merangkumi bahagian penyelidikan automotif dan pusat pengeraman (incubation) perindustrian. Kedua-dua sektor ini akan bertugas sebagai pembangun platform dan trenkuasa, Chery STELLAR Laboratory dan tempat ujian kenderaan pandu sendiri.

Chery buka institut penyelidikan untuk pembangunan sumber tenaga baru, berasas elektrik & pintar 02

Chery EQ5.

Peniagaan masa hadapan buat Chery Group kiranya akan bertukar ke pembangunan sumber tenaga baru dan penyambungan pintar. Antara pembangunan yang disebutkan termasuklah platform pintar elektrik, platform berprestasi tinggi dan platform elektrik hibrid.

Chery buka institut penyelidikan untuk pembangunan sumber tenaga baru, berasas elektrik & pintar 03

Selain pembangunan arkitektur baru, Chery juga hendak menaikkan lagi pembangunan teknologi bateri, motor dan elektrik. Teknologi teras seperti over-the-air (OTA) dan ekologi interaktif juga tidak terkecuali.

Chery buka institut penyelidikan untuk pembangunan sumber tenaga baru, berasas elektrik & pintar 04

Ibu Pejabat Chery di Anhui.

Setakat ini, Chery ada 6 pusat R&D utama yang terletak di Amerika Utara, Eropah dan Shanghai. Lebih 14,000 daripada 23,000 aplikasi paten yang diserah oleh syarikat itu juga telahpun diluluskan.

Chery buka institut penyelidikan untuk pembangunan sumber tenaga baru, berasas elektrik & pintar 05

Pada masa yang sama, syarikat China ini hendak membuka satu pusat R&D di Indonesia untuk dijadikan hab buat pasaran ASEAN. Untuk makluman anda, mereka telah merancang untuk melancarkan Chery Tiggo 7 Pro di sana pada Jun 2022. Menariknya, SUV itu mungkin dipasang (CKD) di wilayah Bekasi.

Juga bacaIndonesia tarik pelaburan Chery, model Chery Tiggo 7 Pro bakal CKD di sana untuk ASEAN!

Chery buka institut penyelidikan untuk pembangunan sumber tenaga baru, berasas elektrik & pintar 06

Dengan Indonesia dijadikan induk buat Asia Tenggara, Chery berhasrat untuk kembali ke beberapa pasaran termasuklah Malaysia dan Thailand. Setakat ini, mereka sendiri telah membuat Facebook rasmi dan grup yang dikhaskan untuk Omoda 5.

Juga bacaChery Malaysia mahu pendapat anda untuk harga Omoda 5! Nak beri cadangan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia