window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Data jualan global Jan-Sept 2021, motosikal Honda paling laku, Yamaha no.4!

Khairil ยท Nov 13, 2021 02:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Data jualan global Jan-Sept 2021, motosikal Honda paling laku, Yamaha no.4! 01

Honda ADV 150

Dan penguasaan itu dijangka berterusan sehingga penghujung tahun dengan data yang diperoleh diambil daripada kategori jualan skuter, underbone, moped dan motosikal dua atau tiga roda.

Ini bermakna kenderaan seperti Tuk Tuk, ATV/RUV atau skuter tolak tidak disenarai dalam data berkenaan.

Data jualan global Jan-Sept 2021, motosikal Honda paling laku, Yamaha no.4! 02

Sepanjang sembilan bulan pertama 2021, industri motosikal global meningkat susulan penyusutan yang direkodkan pada tahun sebelumnya namun ia masih rendah berbanding tempoh sebelum pandemik Covid-19 melanda.

Seperti sudah dijangka, pendahulu jualan di peringkat global menjadi milik Honda dengan 12.4 juta unit jualan, peningkatan 14.8 peratus berbanding 2020 namun kurang 5 peratus berbanding 2019.

Juga baca: Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan

Data jualan global Jan-Sept 2021, motosikal Honda paling laku, Yamaha no.4! 03

Honda Winner X

Di kedudukan kedua adalah syarikat pengeluar motosikal China, Yadea yang juga peneraju dalam R&D dan pembuatan kenderaan elektrik. 

Peningkatan berkenaan diperoleh susulan permintaan tinggi untuk motosikal elektrik di China yang dipacu oleh insentif kerajaan dengan Yadea merekodkan 4.8 juta jualan e-scooter dari Januari hingga September 2021. Peningkatan yang direkodkan ialah 24.5 peratus.

Data jualan global Jan-Sept 2021, motosikal Honda paling laku, Yamaha no.4! 04

Yadea Z3

Di kedudukan ketiga adalah syarikat pengeluar motosikal India, Hero Motor dengan 3.77 juta unit jualan (meningkat 0.6 peratus).

Data jualan global Jan-Sept 2021, motosikal Honda paling laku, Yamaha no.4! 05

Hero XTreme

Ia disusuli satu lagi syarikat gergasi Jepun, Yamaha yang mencatatkan jualan 3 juta unit yang juga peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Data jualan global Jan-Sept 2021, motosikal Honda paling laku, Yamaha no.4! 06

Yamaha Y16ZR

Bajaj Auto dari India mengisi kedudukan kelima dengan jurang yang agak besar iaitu 1.84 juta unit jualan (meningkat 13.7 peratus) diikuti satu lagi jenama dari negara Asia selatan itu, TVS Motor dengan 1.75 juta unit jualan (meningkat 15.7 peratus).

Data jualan global Jan-Sept 2021, motosikal Honda paling laku, Yamaha no.4! 07

Bajaj Dominar

Di tangga ketujuh adalah Suzuki dengan merekodkan 1.13 juta jualan (meningkat 26.4 peratus) diikuti Haojue 1 juta (meningkat 33.4 peratus), Zonghshen, 938, 000 jualan (meningkat 12.0 peratus) dan di kedudukan ke-10 adalah Niu Tech yang juga pakar dalam EV dengan 804,000 jualan dengan 77.5 peratus peningkatan.

Juga baca: Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k!

Tidak dapat dipastikan mengapa tiada data mengenai syarikat pengeluar motosikal popular lain termasuk dari Eropah dan Amerika Syarikat seperti Harley Davidson, Ducati, Triumph, MV Agusta mahupun Kawasaki diperoleh.

Namun ia berkemungkinan syarikat-syarikat ini hanya mendedahkan akan data berkenaan selepas jumlah jualan lengkap selama setahun diterima kerana berada dalam kategori premium.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda