window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan

Khairil · Jan 9, 2021 12:00 PM

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 01

Berpandukan kepada laman web jual beli, motosikal adalah antara kenderaan yang diiklankan saban hari, tidak kira kondisi dan tanpa mengira jenama sama ada Yamaha, Honda, Kawasaki hinggalah model yang jarang didengari.

Ada pelbagai alasan mengapa seseorang itu menjual motosikal mereka namun apa yang pasti, apa yang diinginkan adalah ia diharap dapat dijual dengan harga yang tinggi.

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbanding menjualnya di kedai terpakai, anda berpeluang untuk memperoleh harga yang lebih tinggi jika menjualnya sendiri.

Tetapi sudah pasti prosesnya sedikit rumit, leceh dan persaingannya juga boleh tahan sengit.

Justeru, apa yang boleh lakukan jika mahu menjual motosikal terpakai anda dengan harga yang tinggi? Ini antara tips yang kami boleh berikan.

'Persiapkan' motosikal anda sebaik mungkin

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 01

Sumber imej: https://www.cycleworld.com/2015/04/24/cycle-world-tips-and-tricks-how-to-clean-your-motorcycle/

Ini adalah perkara yang asas. Jika anda mahu motosikal anda dijual pada harga yang tinggi, siapkan motosikal anda dengan sebaik mungkin termasuk melakukan servis dan sebagainya.

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 02

Sumber imej: Coleg Gwent

Jika motosikal anda mempunyai calar yang teruk, tayar yang botak dan sebagainya, anda boleh melakukan sedikit pembaikan. Mungkin anda perlu mengeluarkan belanja sedikit namun ia berbaloi kerana keadaan motosikal yang baik lebih mudah untuk dijual.

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 03

Sumber imej: https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=ZdcqG4hV2Yg

Jika boleh, sediakan dokumen yang diperlukan seperti rekod servis, resit pembaikian.

'Standard itu indah'

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 04

Perkara ini bersangkut paut dengan tips di atas. Jika boleh, kembalikan motosikal anda kepada 'Standard kilang' terutama dari sudut ekzos, rim dan 'cover set' yang original. Perkara ini diyakini berupaya meningkatkan harga motosikal anda.

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 05

Sebagai rekod, ada Yamaha RXZ dan 125Z pernah dijual dengan harga puluhan ribu ringgit dan rahsianya adalah motor itu berada dalam keadaan 'standard kilang.'

Guna semua platform yang ada

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 06

Sumber imej: https://visualmodo.com/logo-design-changes-social-media/

Ini adalah perkara asas jika anda mahu menjual sendiri motosikal anda. Sebaiknya, gunakan semua platform laman web jual beli yang ada di negara ini sebagai contoh Mudah.my, Facebook, Instagram atau apa saja bagi meningkatkan prospek pembeli.

Jadi kreatif

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 07

Sumber imej: /smallbusiness.chron.com

Jadikan iklan anda menarik. Ambil gambar sebanyak mungkin dari pelbagai sudut dan jika boleh, gambar yang menarik. Ini perlu dibuat agar motosikal anda lebih menonjol berbanding orang lain.

Jangan buat bakal pembeli tertanya-tanya

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 08

Sumber imej: FreePNGImg

Berikan segala maklumat penting yang diperlukan kepada bakal pembeli terutama dari sudut spesifikasi dan sebagainya. Tetapi perlu diingat, jangan meleret-leret juga.

 Kaji harga

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 09

 

Tidak sukar untuk menganalisa berapakan harga semasa motosikal terpakai ketika ini. Anda hanya perlu membuat perbandingan melalui model dan tahun pengeluaran sebelum meletakkan harga yang sesuai.

Jangan letak harga yang terlampau mahal berbanding pasaran melainkan anda yakin dengan kondisi motosikal anda.

Jujur

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 10

Jika motosikal itu pernah mengalami kemalangan atau ada kerosakan, anda perlu jujur dan perlu memberitahu bakal pembeli pembaikan yang sudah dibuat. Tetapi sudah pasti motosikal anda mungkin tidak boleh dijual dengan harga yang tinggi.

Tunggang uji

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 11

Sumber imej: www.popularmechanics.com

Selepas bakal pembeli mula menunjukkan minat, mereka mungkin akan meminta untuk melihat sendiri motosikal berkenaan.

Kebiasaannya, pembeli yang akan berjumpa dengan penjual jadi anda pilihlah lokasi yang selamat. Jika dapat berjumpa, anda 1pasti boleh menilai sama ada dia seorang yang serius, penipu, pencuri atau sebagainya.

Justeru, terletak pada kebijaksanaan anda untuk membenarkan bakal pembeli untuk mencuba motosikal anda kerana ia memang menambah keyakinan mereka. Tetapi jka boleh, jumpa di tempat yang selamat.

Beri peluang 'nego', rundingan

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 12

Sumber imej: PMTips

Memang kebiasaan untuk rakyat Malaysia melakukan tawar menawar dalam pembelian. Tidak kira mahal atau murah, ia boleh dikatakan perkara yang wajib dalam urusan jual beli. Tetapi dengan rundingan, anda dapat memberikan lebih keyakinan buat bakal pembeli untuk memilih motosikal anda.

Beri jaminan

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 13

Sumber imej: Lake Appliance Repair

Jika anda yakin dengan keadaan motosikal anda, memberi jaminan kepada bakal pembeli adalah salah satu cara yang bagus untuk membuatkan anda kompetitif. Tidak perlu jaminan yang bertahun-tahun seperti dibuat pengeluar, cukuplah 1 ke 2 bulan sahaja dan ia turut bergantung atas kerosakan apa.

Tentukan transasksi

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 14

Sumber imej: https://www.motorcyclenews.com/

Perkara ini penting kerana jika bakal pembeli motosikal melakukan transaksi tunai, ia lebih memudahkan berbanding pinjaman bank yang memerlukan pelbagai urusan malah belum tentu pinjaman itu diluluskan.

Mengikut pengalaman penulis, proses pembelian secara tunai boleh diselesaikan dalam tempoh sehari saja jika penjual tidak mempunyai masalah seperti 'sangkut' saman.

Mudahkan hal penukaran hak milik

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan 15

Yakinkan bakal pembeli anda yang urusan jual beli ini boleh dilakukan dengan cepat dan mudah. Proses ini sebenarnya tidak begitu rumit terutama jika ia membabitkan transaksi tunai. Urusan seperti menghidupkan insuran juga tidak susah sekarang. Apa yang diperlukan adalah pergi ke pejabat JPJ dan kemudian selesaikan urusan pembayaran.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda