window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Demi alam sekitar, GDEX perkenal kurier guna motosikal elektrik

Khairil ยท Nov 18, 2021 11:00 AM

Demi alam sekitar, GDEX perkenal kurier guna motosikal elektrik 01

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Go Green, syarikat logistik GD Express Carrier Bhd (GDEX) memperkenalkan penggunaan motosikal elektrik (EV) dalam operasinya.

GDEX dalam satu kenyataan berkata, penggunaan kenderaan elektrik (EV) sejajar dengan matlamat negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

Juga baca: MARii: Insentif kereta elektrik (EV) yang lebih menarik di Malaysia menjelang Julai 2021!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Demi alam sekitar, GDEX perkenal kurier guna motosikal elektrik 01

Rancangan itu adalah seperti yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Teong Teck Lean yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GDEX berkata, penggiat dalam perkhidmatan penghantaran memainkan peranan penting dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

Juga baca: Kerjasama Ni Hsin EV Tech, MNA Energy bangunkan teknologi bateri motosikal elektrik di Malaysia!

Justeru, penggiatnya perlulah meneroka dan mengguna pakai lebih banyak penyelesaian hijau dalam operasi harian.

Demi alam sekitar, GDEX perkenal kurier guna motosikal elektrik 02

"Motosikal elektrik menandakan permulaan inisiatif hijau yang dimulakan oleh GDEX dan kami berharap untuk meneruskan kajian dan melaksanakan lebih banyak langkah lestari pada masa hadapan," katanya.

Syarikat itu juga mendapat manfaat dan berterima kasih atas inisiatif kerajaan dalam Bajet 2022 untuk menyokong penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia sekaligus menyokong amalan lestari syarikat tersebut.

Juga baca: Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran?

Demi alam sekitar, GDEX perkenal kurier guna motosikal elektrik 03

Sumber imej: FB GDEX

Dalam masa sama, GDEX juga berkata akan meneroka penggunaan basikal elektrik dan basikal roda tiga yang akan memenuhi segmen lokasi yang berbeza seperti kawasan kejiranan pada masa hadapan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda