window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dicabar 'mainkan' lagu Negaraku di GP Malaysia 2022, ini respon Damok!

Khairil ยท Aug 19, 2022 12:00 PM

Dicabar 'mainkan' lagu Negaraku di GP Malaysia 2022, ini respon Damok! 01

Ketika pelancaran Grand Prix (GP) Malaysia 2022, pelumba 'wildcard' negara dalam kelas Moto3, Syarifuddin Azman atau Damok secara berseloroh dicabar untuk mengumandangkan lagu kebangsaaan, Negaraku di pentas podium oleh bos SIC, Azhan Shafriman Hanif.

Sekalipun sekadar berseloroh dan nampak agak tidak realistik, tetapi cabaran itu pastinya tetap bermain di fikiran pelumba kelahiran Kuala Lumpur itu yang menjadi satu-satunya pelumba yang mengibar cabaran Malaysia di kejuaraan berkenaan.

Dicabar 'mainkan' lagu Negaraku di GP Malaysia 2022, ini respon Damok! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara realistik, Azhan menyasarkan Damok untuk berada di kelompok hadapan perlumbaan (10 terbaik) sebelum penaja utama, Petronas meningkatkan sasaran itu kepada 5 terbaik.

Antara sebab mengapa sasaran setinggi itu diletakkan adalah berdasarkan prestasi semasa Damok selain faktor gelanggang sendiri di mana pelumba berkenaan sememangnya cukup mahir dengan Litar Antarabangsa Sepang.

Juga baca: Rasmi, tiket 'wildcard' GP Malaysia milik Damok

Dicabar 'mainkan' lagu Negaraku di GP Malaysia 2022, ini respon Damok! 01

Dan untuk Damok, dia nampak bersedia untuk menyahut cabaran itu (kelompok hadapan) dan bertekad yang dia mampu melakukannya.

"Saya hanya mengetahui mengenai tiket wildcard itu sehari sebelum pengumuman rasmi jadi ia memang agak mengejutkan," katanya.

Dicabar 'mainkan' lagu Negaraku di GP Malaysia 2022, ini respon Damok! 02

"Untuk sasaran yang diletakkan kepada saya, saya sangat teruja untuk menyahut cabaran itu iaitu untuk berada di kelompok hadapan, dan saya akan cuba buktikan saya mampu melakukannya," katanya.

Sebagai info, penampilan di Sepang nanti sebagai pelumba Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia adalah yang pertama sepanjang kariernya.

Dicabar 'mainkan' lagu Negaraku di GP Malaysia 2022, ini respon Damok! 03

Begitupun, ia bukan kali pertama dia berlumba dalam kelas berkenaan kerana pelumba berusia 21 tahun itu pernah beraksi dalam kelas sama secara wildcard pada musim ini dan musim lalu.

Juga baca: SIC optimis 'tapau' rekod kehadiran edisi 2019, ini pelan untuk GP Malaysia 2022!

Dicabar 'mainkan' lagu Negaraku di GP Malaysia 2022, ini respon Damok! 04

Mengulas mengenai persiapannya menjelang GP Malaysia 2022, Damok berkata dia akan memberi fokus kepada Kejuaraan Dunia JuniorGP di Eropah di mana dia ketika ini menghuni tangga kedua keseluruhan kejuaraan berkenaan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZK Racing (@zkracingteam)

"Ketika ini, saya hanya menumpukan kepada persiapan mental dan fizikal. Tetapi saya juga perlu memberikan tumpuan kepada perlumbaan JrGP selepas ini kerana masih ada dua pusingan JrGP yang perlu diharungi (Misano, Aragon). Dan selepas itu, baru saya akan beri 100 peratus fokus kepada tiket 'wildcard' saya ini."

Sumber imej: FB ZK Racing

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda