window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati Malaysia perkenal pelan pembiayaan Ducati Corse Credit, umum 6 model terbaharu!

Khairil ยท Jun 9, 2022 01:30 PM

Ducati Malaysia perkenal pelan pembiayaan Ducati Corse Credit, umum 6 model terbaharu! 01

Satu lagi kemudahan untuk memiliki motosikal jenama premium Itali, Ducati tersedia untuk peminatnya di pasaran tempatan apabila Ducati Malaysia melancarkan pelan pembiayaan pembelian Ducati Corse Credit (DCR).

Pelan berkenaan diperkenalkan oleh pengimport dan pengedar eksklusif Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn. Bhd. bersempena pelancaran Ducati Malaysia Premier 2022.

Juga baca: Ducati Monster 2022 rasmi mendarat di Malaysia, harga asas RM 69.9k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ducati Malaysia perkenal pelan pembiayaan Ducati Corse Credit, umum 6 model terbaharu! 01

Apa yang menarik, kaedah pembayaran DCR yang ditawarkan melalui anak syarikat Kumpulan Naza iaitu Naza Credit & Leasing Sdn. Bhd. itu turut menawarkan kadar faedah serendah sehingga 4.88 peratus (terma dan syarat).

Selain itu, pelan DCR mempunyai pelbagai lagi kelebihan termasuk mempunyai skim pembayaran balik jenis fleksi, membenarkan tempoh pinjaman sehingga tujuh tahun dan pilihan bayaran muka serendah 10 peratus.

Ducati Malaysia perkenal pelan pembiayaan Ducati Corse Credit, umum 6 model terbaharu! 02

Malah, DCR dikatakan mempunyai tempoh kelulusan yang lebih pantas berbanding pembiayaan lain iaitu dalam tempoh 24 jam dan aksesori Ducati juga boleh dimasukkan dalam skim pembiayaan.

Dalam perkembangan lain, Ducati Malaysia mengumumkan akan pembukaan dua lagi pusat eksklusif Ducati Centre di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Juga baca: Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k!

Ducati Malaysia perkenal pelan pembiayaan Ducati Corse Credit, umum 6 model terbaharu! 03

Kedua-dua pusat itu akan melengkapi fasiliti Ducati Malaysia sedia ada yang terletak di Sungai Buloh, Pulau Pinang dan Petaling Jaya.

Sementara itu, bersempena Ducati Malaysia Premier 2022 yang berlangsung dari 9 hingga 12 Jun ini, Ducati Malaysia turut memperkenalkan enam model baharu di pasaran tempatan seperti berikut: 

Ducati Malaysia perkenal pelan pembiayaan Ducati Corse Credit, umum 6 model terbaharu! 04

Ducati Scrambler Urban Motard

  • Harga - RM 68,900

Ducati Malaysia perkenal pelan pembiayaan Ducati Corse Credit, umum 6 model terbaharu! 05

Ducati Scrambler 1100 Tribute Pro 

  • Harga - RM 85,900

Ducati Malaysia perkenal pelan pembiayaan Ducati Corse Credit, umum 6 model terbaharu! 06

Ducati Streetfighter V2 

  • Harga - RM 101,900

Ducati Malaysia perkenal pelan pembiayaan Ducati Corse Credit, umum 6 model terbaharu! 07

Ducati Multistrada V2 S 

  • Harga - RM 105,900

Ducati Malaysia perkenal pelan pembiayaan Ducati Corse Credit, umum 6 model terbaharu! 08

Ducati Panigale V2 Bayliss 

  • Harga - RM 136,900

Ducati Malaysia perkenal pelan pembiayaan Ducati Corse Credit, umum 6 model terbaharu! 09

Ducati Streetfighter V4 SP 

  • Harga - RM 239,900

*Harga yang diumumkan adalah asas tidak termasuk pelbagai caj lain seperti insuran dan cukai pendaftaran.

Juga baca: Dijual pada harga asas RM 65.9k, Ducati Scrambler Nightshift 2021 kini di Malaysia!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda