window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ekzos Lamborghini guna untuk panggang sate babi, tangki air meletup. Cerdik?

Mersita · Jun 3, 2021 02:00 PM

Ekzos Lamborghini guna untuk panggang sate babi, tangki air meletup. Cerdik? 01

Gurauan bersama rakan-rakan akhirnya bertukar menjadi ‘tragedi’ apabila seorang pemilik kereta Lamborghini di China terpaksa menanggung kerugian kira-kira 500,000 yuan (~ RM 322,773) setelah memanggang daging babi menggunakan ekzos ‘sports car’ miliknya itu.

Beberapa hari lalu, satu rakaman video aksi gila-gila ini mula tular di media sosial dan ia mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Sekumpulan warga muda dilihat berkumpul di sebuah garaj bawah tanah di Changsha, wilayah Hunan untuk menyaksikan rakan mereka memanggang apa yang dianggap sebagai ‘daging babi paling mahal’.

Ekzos Lamborghini guna untuk panggang sate babi, tangki air meletup. Cerdik? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seorang daripada mereka disuruh menekan pedal pacuan Lamborghini Aventador itu untuk ‘rev’ enjin sekeras boleh bagi menghasilkan semburan bahang panas di ekzos ‘sports car’ berkenaan, manakala seorang lagi memanggang sate babi di corong ekzos kereta tersebut.

Cerdik ke tak cerdik?

Kesudahannya, tanpa penyejukan sempurna, tangki air ‘sports car’ berkenaan meletup lalu mengeluarkan asap putih yang menyelubungi kereta. ‘Coolant’ pula mula bocor di bawah kenderaan tersebut.

Ekzos Lamborghini guna untuk panggang sate babi, tangki air meletup. Cerdik? 01

Kuasa enjin Lamborghini yang tinggi membuatkannya mudah ‘overheat’ atau terlampau panas terutama sekali apabila di’rev’ membabi buta semasa kereta tidak bergerak.

Adakah mereka menyesal? Nampaknya tidak sama sekali. Geng budak kaya itu dilihat bergelak-ketawa sambil menolak Aventador berkenaan beramai-ramai setelah kepulan asap putihnya reda.

Ekzos Lamborghini guna untuk panggang sate babi, tangki air meletup. Cerdik? 02

Ada yang menganggapnya lawak, ada juga yang mengecam kerana ia dianggap sebagai pembaziran melampau. Pendapat kami? Mungkin mereka dahagakan hiburan dan mengambil inspirasi dari video Rude Tube dan Supercar Driver di YouTube yang cuba memanggang sosej menggunakan ekzos kereta model sama.

Sekarang kan zaman ‘Tik Tok Challenge’. Bila semua benda dah jadi ‘challenge’, yang tinggal hanyalah tahap kecerdikan minda masing-masing. Jangan cuba sendiri, ya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Lamborghini Aventador SVJ Roadster

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda