window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Fast & Furious 9 ‘F9', Paul Walker muncul dengan Nissan Skyline GT-R R34?

Mersita · Feb 9, 2021 07:00 PM

Fast & Furious 9 ‘F9', Paul Walker muncul dengan Nissan Skyline GT-R R34? 01

‘The Fast Saga’ kali ini mengeluarkan satu lagi filem Fast & Furious terbaru dalam francais filem popular tersebut iaitu F9 atau Fast & Furious 9. Banyak kejutan yang ditampilkan dalam filem terbaru ini, termasuklah kemunculan semula Han Seoul-Oh dan pengenalan karakter terbaru, Jakob yang dimainkan oleh selebriti WWF popular, John Cena.

Fast & Furious 9 ‘F9', Paul Walker muncul dengan Nissan Skyline GT-R R34? 02

Setelah beberapa treler pendek dikeluarkan secara berperingkat, treler terbaru yang ditayangkan semalam berjaya menarik perhatian kami – kelibat kereta berwarna biru yang menggamit memori peminat-peminat karakter kesayangan Fast & Furious, Brian O’Connor yang dimainkan oleh mendiang Paul Walker.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dua saat pertama treler 'F9 - The Big Game Spot' di atas menunjukkan sebuah Nissan Skyline GT-R R34 dipandu masuk ke halaman rumah yang masih dalam pembinaan. Peminat serata dunia mula membuat spekulasi tentang kemungkinan Brian yang mungkin akan ada ‘cameo’ di dalam filem terbaru ini nanti.

Fast & Furious 9 ‘F9', Paul Walker muncul dengan Nissan Skyline GT-R R34? 01

Sumber: Twitter

Ada juga yang menolak kemungkinan tersebut dengan mengatakan yang barangkali isteri Brian, Mia, yang memandu kereta ikonik tersebut.

Fast & Furious 9 ‘F9', Paul Walker muncul dengan Nissan Skyline GT-R R34? 02

Sumber: Twitter

Paul Walker yang memainkan salah seorang watak utama francais filem ini iaitu Brian O’Connor meninggal dunia pada 30 November 2013 dalam satu kemalangan jalan raya. Mendiang meninggal dunia ketika penggambaran filem Furious 7, dimana adik-beradik Paul, Cody dan Caleb Walker, menggantikan beliau bagi ‘scene’ pengakhiran filem tersebut dalam bentuk CGI.

Oleh itu, berbalik kepada kemungkinan yang kita bincangkan tadi, mungkinkah ada peluang yang Brian akan muncul tiba-tiba di dalam filem terbaru ini? Sedangkan karakter Han yang dimatikan dalam filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift pun boleh muncul semula, dan watak Brian dahulu pernah dihidupkan dalam bentuk CGI dalam Furious 7, peminat mula bertanya, “Why not?"

Tonton treler penuh F9 di sini!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda