window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia lancar Nissan Navara 2023 (D23) Black Edition bermula RM 135k, 2 varian untuk anda cair!

Faisal Β· Sep 8, 2023 10:17 AM

Malaysia lancar Nissan Navara 2023 (D23) Black Edition bermula RM 135k, 2 varian untuk anda cair! 01

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru sahaja melancarkan Nissan Navara 2023 Black Edition di mana ia memaparkan gaya ala Navara PRO-4X dan aksesori yang boleh didapati pada varian popular seperti V dan VL.

Secara amnya, Navara Black Edition ini hadir dengan sentuhan hitam kilat pada bahagian gril (dengan sisik ala PRO-4X), cermin sisi dan fender tambahan. Kemasan tema hitam turut diterapkan pada bahagian rim.

Malaysia lancar Nissan Navara 2023 (D23) Black Edition bermula RM 135k, 2 varian untuk anda cair! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, varian V untuk Navara Black Edition berharga RM 134,800, manakala varian VL ditawarkan pada RM 146,900. Dalam laman rasmi ETCM, pakej Black Edition ini dikatakan bernilai RM 14,700.

Kalau anda nak tahu, varian V dan VL yang ada selama ini dijual pada RM 125,500 dan RM 137,900.

Malaysia lancar Nissan Navara 2023 (D23) Black Edition bermula RM 135k, 2 varian untuk anda cair! 01

Dari segi kit, Navara Black Edition varian V datang standard dengan:

  • Kabin berbahan kulit
  • Tinted V-Kool Security

Malaysia lancar Nissan Navara 2023 (D23) Black Edition bermula RM 135k, 2 varian untuk anda cair! 02

Varian VL pula menambah:

  • Dashcam
  • Plat naik turun kenderaan
  • Visor tingkap
  • Pelindung tangki bahan api

Berkenaan trenkuasa, varian V dan VL tersebut dikuasai enjin 2.5L turbodiesel YD25 yang menghasilkan 190 PS dan 450 Nm tork. Nadi ini dipadankan dengan transmisi automatik 7-kelajuan dengan mod manual.

Juga bacaNissan Navara bakal terima enjin hibrid e-Power, akan kekal dengan mod pacuan 4x2 & 4x4!

Malaysia lancar Nissan Navara 2023 (D23) Black Edition bermula RM 135k, 2 varian untuk anda cair! 03

Antara sistem keselamatan ADAS yang didatangkan pada kedua-dua varian termasuklah Forward Collision Warning, Autonomous Emergency Braking dan Nissan’s Intelligent Driver Alertness.

Malaysia lancar Nissan Navara 2023 (D23) Black Edition bermula RM 135k, 2 varian untuk anda cair! 04

Varian VL pula lengkap dengan kamera 360-darjah, Blind Spot Warning, Lane Departure Warning, Rear Cross Traffic Alert dan High Beam Assist.

Juga bacaBayangkan Mitsubishi Triton 2024 dengan gril Nissan... Itulah Nissan Navara generasi baru nanti

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Nissan Navara 2.5 V Black Edition

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda