window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

FAW Bestune M9 - MPV buatan China yang bakal menyaingi Toyota Voxy, lagi murah, 252 PS!

Faisal · Oct 4, 2022 10:00 AM

FAW Bestune M9 - MPV buatan China yang bakal menyaingi Toyota Voxy, lagi murah, 252 PS! 01

  • MPV FAW Bestune M9 dari China bakal menyaingi Toyota Voxy
  • Satu kelas di bawah Hongqi HQ9
  • Harganya lagi murah daripada Toyota Voxy

Toyota Voxy boleh dikatakan cukup popular dalam wilayah Asia. Tetapi dalam kelas ini takkan ada jenama Jepun sahaja kan?

Juga bacaToyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung?

FAW Bestune M9 - MPV buatan China yang bakal menyaingi Toyota Voxy, lagi murah, 252 PS! 02

Toyota Voxy 2022.

Baru-baru ini, satu pengeluar dari China iaitu FAW telah tampil dengan prototaip Bestune M9. Model yang bakal memulakan jualan di sana tidak lama lagi ini juga akan datang dengan pintu gelangsar elektrik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi anda yang belum tahu, FAW adalah sebuah syarikat automotif dari China dan mereka menghasilkan kereta di bawah jenama Hongqi dan Bestune.

Menariknya, FAW turut menjalinkan kerjasama dengan Toyota, Volkswagen dan Audi.

FAW Bestune M9 - MPV buatan China yang bakal menyaingi Toyota Voxy, lagi murah, 252 PS! 01

Sekitar minggu lalu, media automotif China, Autohome melaporkan satu intipan akan sebuah MPV yang didakwa sebagai FAW Bestune M9. Untuk pengetahuan anda, projek model ini sudahpun tertera dalam katalog Kementerian Industri dan Informasi Teknologi di sana.

FAW Bestune M9 - MPV buatan China yang bakal menyaingi Toyota Voxy, lagi murah, 252 PS! 02

Secara amnya, ciri yang ada pada MPV ini tidak sebanyak Hongqi HQ9. Antara ciri yang tidak diterapkan adalah sentuhan krom pada bahagian gril dan roda. Reka bentuk lampu belakangnya juga nampak lebih ringkas. Jadi, logiklah kalau FAW Bestune M9 yang lebih bawah ini dikaitkan dengan Toyota Voxy.

Juga baca"Beli gril depan, percuma MPV", Hongqi HQ9 adalah Alphard dari China yang serba mewah!

FAW Bestune M9 - MPV buatan China yang bakal menyaingi Toyota Voxy, lagi murah, 252 PS! 03

Hongqi HQ9.

Dari segi trenkuasa, MPV ini dikuasakan oleh enjin 2.0L turbo yang mana ia dilaporkan menghasilkan sehingga 252 PS. Sebagai perbandingan, Toyota Voxy 2022 yang menggunakan enjin 2.0L NA hanya menghembuskan 170 PS.

FAW Bestune M9 - MPV buatan China yang bakal menyaingi Toyota Voxy, lagi murah, 252 PS! 04

Setakat ini, sebarang tanda harga buat Bestune M9 belum lagi didedahkan tetapi Hongqi HQ9 di China kalau ikut matawang kita bermula pada RM 234k dan harga ini lebih murah daripada Toyota Alphard. Jadi, Bestune M9 juga sepatutnya lebih murah daripada Toyota Voxy.

FAW Bestune M9 - MPV buatan China yang bakal menyaingi Toyota Voxy, lagi murah, 252 PS! 05

Bestune M9 tanpa sebarang samaran.

Juga bacaToyota Voxy generasi baharu 2022 dilancar di Indonesia – baby ‘Vellfire’ yang bermula dari RM 163k

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda