window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ferrari sah tamatkan hak edaran Naza Italia, pengedar baharu akan diumumkan kelak

Haris · Mar 8, 2023 06:00 PM

Ferrari sah tamatkan hak edaran Naza Italia, pengedar baharu akan diumumkan kelak 01

Ferrari S.p.A. telah mengesahkan bahawa ia akan menamatkan perkongsian perniagaannya dengan Naza Italia, yang merupakan pengedar tunggal kenderaan Ferrari yang sah di Malaysia.

"Penamatan perkongsian perniagaan antara Ferrari S.p.A. dan Naza Italia Sdn Bhd (Ferrari Malaysia) akan berkuat kuasa 8 April 2023. Naza Italia akan terus memenuhi tanggungjawabnya kepada pelanggan untuk aktiviti Jualan & Selepas Jualan sehingga itu," kata jurucakap Ferrari Far East & Middle East Hub, dalam satu jawapan e-mel kepada WapCar.my.

Ferrari sah tamatkan hak edaran Naza Italia, pengedar baharu akan diumumkan kelak 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini berlaku selepas berminggu-minggu spekulasi dalam industri automotif tempatan, dengan beberapa sumber mendakwa bahawa Ferrari tidak akan memperbaharui kontrak pengedarannya dengan Naza.

Naza Italia dilantik sebagai pengedar rasmi untuk Ferrari pada tahun 2008, mengambil alih daripada pengedar sebelumnya, Next Car.

Identiti pengedar Ferrari baru masih belum dijelaskan tetapi syarikat itu mengatakan pengumuman akan dibuat dalam masa yang ditetapkan.

Ferrari sah tamatkan hak edaran Naza Italia, pengedar baharu akan diumumkan kelak 01

Hak pengedaran Naza Italia yang lain sepertu Maserati akan diteruskan seperti biasa. Minggu lalu, Naza Italia baru sahaja menganjurkan pelancaran Maserati Grecale tempatan.

Walaupun berkait rapat dengan Ferrari kerana jenama berlencana trident ini pernah dimiliki mereka, Maserati kini beroperasi secara bebas daripada Ferrari S.p.A. melalui Stellantis Group. Oleh itu, penyusunan semula terbaru ini tidak akan memberi kesan kepada perniagaan Maserati di Malaysia.

Ferrari sah tamatkan hak edaran Naza Italia, pengedar baharu akan diumumkan kelak 02

Kehilangan Ferrari, permata mahkota kumpulan Naza, adalah strategi terbaru bagi syarikat milik keluarga itu, yang kini dikendalikan oleh anak-anak kepada pengasas Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.

Sebelum ini, Naza telah menghentikan perniagaannya dengan Chevrolet, Kia, dan Peugeot. Dua jenama terakhir kini diwakili oleh Bermaz Auto. Terdapat juga perniagaan jangka pendek dengan Koenigsegg (Naza Swedish Motors).

Di sisi dua roda perniagaan automotif, Naza telah kehilangan Harley Davidson, Vespa, Aprilia, India, dan Victory.

Ferrari sah tamatkan hak edaran Naza Italia, pengedar baharu akan diumumkan kelak 03

Perniagaan pengedaran automotif Naza yang lain kini tinggal Maserati (Naza Italia), Ducati (Next Bikes) dan Suzuki (Naza Eastern Motors).

Dari segi peruncitan kenderaan, Naza masih mempunyai perniagaan pengedar Mercedes-Benz, yang beroperasi di bawah NZ Wheels, juga membekalkan lesen AP Francais kepada Mercedes-Benz Malaysia untuk mengimport kereta CBU.

Sejak 2020, Naza telah bercakap mengenai pelan transformasi Naza 2.0, yang melibatkan pengurangan perniagaan automotifnya untuk memberi tumpuan kepada pembangunan hartanah.

Baca: 8 SUV premium baru dilancarkan di Malaysia pada 2023; Lexus RX serba baru, Ferrari Purosangue dan banyak lagi!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2017 Ferrari Portofino 3.9 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda