window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Escort MK2 Pandem "Emotion" #001 - wakil Malaysia ke Tokyo Auto Salon tarik perhatian "lejen"!

Haris ยท Jan 13, 2023 04:00 PM

Ford Escort MK2  Pandem

Tokyo Auto Salon 2023 telah membuka tirai. Pameran kereta tahunan ini merupakan antara acara pameran kereta "aftermarket" terbesar di Jepun, menampilkan kereta yang diubahsuai, ditala semula, serta jualan barangan dan produk yang berkaitan dengan kereta.

Acara berprestij ini menarik pelbagai hadirin, termasuk peminat kereta, golongan profesional industri, dan pengeluar. Ia dianggap sebagai pameran utama dalam pertunjukan budaya kereta di Jepun dan terkenal kerana mempamerkan beberapa trend dan inovasi terkini dalam aspek pengubahsuaian dan talaan semula industri automotif.

Ford Escort MK2  Pandem

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tahun 2023 menjadi sejarah bagi Malaysia apabila wakil Rosli Mohamad Said atau lebih dikenali sebagai ALie Kuoppa berjaya membawa model Ford Escort MK2 yang telah ditala dan diubah suai untuk dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2023. Bukan senang nak dapat tempat di sini!

Ford Escort MK2  Pandem

Model yang dipamerkan digelar Ford Escort MK2 Pandem Project #001, mengenakan kit badan daripada Pandem Lab, pengeluar kit aerodinamik yang terdiri daripada barisan kit badan lebar dan bahagian aerodinamik lain untuk pelbagai kereta.

Kit Pandem direka dan dihasilkan oleh syarikat TRA Kyoto, diasaskan oleh Kei Miura. Beliau terkenal dengan estetika reka bentuknya yang unik dan agresif, dan kit Pandem dianggap sebagai salah satu kit badan lebar yang paling dikenali dan popular di pasaran. Memang terdapat kolaborasi secara langsung bersama antara individu di kedua-dua negara ini.

Ford Escort MK2  Pandem

Menariknya, Ford Escort MK2 Pandem Project #001 menggunakan enjin "lagenda" 4-silinder sebaris 1.6 liter 4AGE blue-top yang berkuasa sehingga 140 PS kuasa kuda dan 161 Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan T50, beserta dengan LSD (Limited Slip Differential) dan sistem stereng daripada Toyota AE86.

Ford Escort MK2  Pandem

Antara "lejen" yang singgah melihat Ford Escort MK2 Pandem Project #001

Selain daripada spesifikasi teknikal yang menakjubkan, Ford Escort MK2 Pandem Project #001 mengenakan warna Special Pink daripada Aikka, ekzos buatan khas daripada Tonnka, stereng Sparco dan meter instrumen daripada Fueltech F450.

Ketika ini, model ini berada di Hall 5, Makuhari Messe International Convention Complex, Chiba City. Ia turut menarik perhatian rakyat Jepun dan beberapa "lejen" terkenal dunia pengubahsuaian dan talaan automotif. Ikuti perjalanan ALie Kuoppa di akaun Tiktok Retro Havoc!

Baca: Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda