window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gosip: Mazda 2 generasi baharu akan debut pada 2024, mungkin menampilkan juga enjin 'rotary'!

Faisal Β· Sep 5, 2023 10:00 AM

Gosip: Mazda 2 generasi baharu akan debut pada 2024, mungkin menampilkan juga enjin 'rotary'! 01

Lakaran dari response.jp

Bagi anda yang belum tahu, model segmen kompak dalam jenama Mazda iaitu Mazda 2 sebenarnya sudah mendekati usia 10 tahun. Baru-baru ini, terdapat laporan yang diperoleh dari response.jp yang memaklumkan bahawa generasi baharu akan dirasmikan pada tahun 2024.

Setakat ini, tidak banyak yang boleh diketahui. Malah, masih belum dapat dipastikan sama ada ia akan menggunakan platform tersendiri atau arkitektur sama yang digunapakai oleh model elektrik Mazda iaitu MX-30.

Juga bacaMazda 2 dikemaskini di Jepun - enjin Skyactiv G dipertingkat, warna baru yang sangat menarik!

Gosip: Mazda 2 generasi baharu akan debut pada 2024, mungkin menampilkan juga enjin 'rotary'! 02

Mazda 2 Sedan.

Apapun, sumber yang diperoleh sempat meramal beberapa aspek. Yang pertama, falsafah reka bentuk KODO untuk model baharu nanti akan lebih kemas dengan garisan karakter yang lebih minimum. Arca rodanya pula diramal lebih menyerlah untuk mengetengahkan gaya berunsur rendah dan lebar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bahagian depannya sendiri disebutkan ada banyak inspirasi dari model terkini iaitu CX-60.

Gosip: Mazda 2 generasi baharu akan debut pada 2024, mungkin menampilkan juga enjin 'rotary'! 01

Kabin Mazda 2 model sekarang.

Masuk ke bahagian dalam pula, ia dijangka menerapkan suis, tombol dan infotainment Mazda yang terkini.

Dari segi trenkuasa, Mazda 2 generasi baharu dijangka mendatangkan enjin hybrid sederhana 1.5L 3-silinder Skyactiv-G, enjin 1.5L 3-silinder diesel Skyactiv-D dan 1.5L 3-silinder Skyactiv-X.

Gosip: Mazda 2 generasi baharu akan debut pada 2024, mungkin menampilkan juga enjin 'rotary'! 02

Nadi 1.5L NA Skyactiv-G pada model sekarang.

Menariknya, trenkuasa hybrid plug-in (PHEV) e-Skyactiv R-EV yang menggunakan enjin 830cc β€˜rotary’ dipanggil nadi 8C turut digosipkan untuk Mazda 2 generasi baharu. Jadi, sama-sama kita tunggu perkembangan dari mereka.

Juga bacaPembeli di Thailand tetap pilih Mazda 2 walau hampir 10 tahun - 1,500 tempahan pada 5 hari pertama pelancaran

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mazda 2 Sedan 1.5L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda