window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely batal rancangan kilang EV di Thailand - anda rasa fokus ditumpukan pada Malaysia?

Mersita · Aug 7, 2023 04:00 PM

Geely batal rancangan kilang EV di Thailand - anda rasa fokus ditumpukan pada Malaysia? 01

Minggu lalu, portal automotif Thailand, Headlight Mag, melaporkan bahawa Geely Group sedang merancang untuk membina kilang kenderaan elektrik (EV) di Timur Thailand susulan perbincangan dengan Lembaga Pelaburan (BOI) negara itu.

Geely batal rancangan kilang EV di Thailand - anda rasa fokus ditumpukan pada Malaysia? 02

Walau bagaimanapun, portal Thai yang sama baru-baru ini melaporkan yang rancangan untuk melabur di Thailand sudahpun dibatalkan. Perkara ini dilaporkan berdasarkan pengesahan daripada Ash Sutcliffe iaitu Pengarah Komunikasi di Geely.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely batal rancangan kilang EV di Thailand - anda rasa fokus ditumpukan pada Malaysia? 01

Punca rancangan tersebut dibatalkan disebabkan oleh pelbagai “situasi tidak dikenalpasti”. Dilaporkan pula bahawa pelabur-pelabur Malaysia dahulunya dibawa masuk oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di Shanghai Auto Show 2023 pada Mei bagi berbincang dengan Geely untuk sebaliknya melabur di Malaysia.

Geely batal rancangan kilang EV di Thailand - anda rasa fokus ditumpukan pada Malaysia? 02

Geely Group mempunyai pegangan 49% di Proton, maka barangkali langkah membatalkan rancangan pembinaan hab di Thailand itu adalah supaya tidak ‘menyinggung’ pengeluar kereta Malaysia tersebut. Rancangan Geely Group untuk membina kilang di China melibatkan pelaburan THB 10 bilion (RM 1.3 billion) dimana kilang tersebut disasarkan untuk mengeluarkan 100,000 buah kenderaan setahun.

Pelaburan yang dimaksudkan, namun batal: Geely akan labur RM 1.3 bilion untuk kilang EV di Thailand - Anda rasa apa kesannya pada Proton?

Model-model yang bakal diperkenal di Negeri Gajah Putih itu termasuklah trak pikap elektrik, Radar RD6, dan juga sebuah EV kecil yang tidak diketahui – barangkali EV Geely Panda Mini.

Geely batal rancangan kilang EV di Thailand - anda rasa fokus ditumpukan pada Malaysia? 03

Di samping itu, Proton mempunyai rancangan untuk masuk semula ke pasaran Thailand dengan Proton X50. Namun, sudah bertahun lamanya sejak SUV segmen B itu dilihat di jalanan Thailand dan tiada berita rasmi diumumkan Proton setakat ini. Kali terakhir Proton dijual di Thailand adalah pada 2015 apabila keretanya diedarkan oleh Phranakorn Auto Sales.

Juga baca: Spyshot: Proton X50 diuji di Thailand, Proton bakal kembali ke sana?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda