window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati 'We Ride As One' 2023 himpun lebih 15k Ducatisti seluruh dunia, Malaysia pun ada!

Khairil · May 23, 2023 07:00 PM

Ducati 'We Ride As One' 2023 himpun lebih 15k Ducatisti seluruh dunia, Malaysia pun ada! 01

Awal bulan lalu, syarikat pengeluar motosikal ikonik Itali, Ducati menganjurkan edisi kedua Ducati 'We Ride As One' 2023, acara yang menghimpunkan para Ducatisti seluruh dunia berkonvoi namun uniknya di lokasi berbeza pada tarikh yang sama.

Ducati 'We Ride As One' 2023 himpun lebih 15k Ducatisti seluruh dunia, Malaysia pun ada! 02

Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali turut ambil bahagian

Secara keseluruhan, lebih 15,000 Ducatisti mengambil bahagian yang meliputi 50 buah negara termasuk Malaysia.

Ducati 'We Ride As One' 2023 himpun lebih 15k Ducatisti seluruh dunia, Malaysia pun ada! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Ducati, sejumlah 334 pengedar Ducati dan 159 kelab Ducati berdaftar di semua lima benua mengambil bahagian dalam acara berkenaan.

Ducati 'We Ride As One' 2023 himpun lebih 15k Ducatisti seluruh dunia, Malaysia pun ada! 01

Untuk acara konvoi, setiap pengedar dan kelab akan berkumpul dan menyediakan laluan dan destinasi bagi peserta yang dianggap ikonik, menarik dan unik di negara masing-masing.

Ducati 'We Ride As One' 2023 himpun lebih 15k Ducatisti seluruh dunia, Malaysia pun ada! 02

Sebagai info, antara objektif Ducati 'We Ride As One' adalah untuk meraikan pemilik Ducati dan membolehkan peserta berkongsi pengalaman, bertukar pendapat serta mencipta memori berharga selain menonjol dan memperaga kemampuan motosikal jenama Itali itu.

Ducati 'We Ride As One' 2023 himpun lebih 15k Ducatisti seluruh dunia, Malaysia pun ada! 03

"Melihat ribuan pemilik Ducati menunggang secara konvoi melalui bandar-bandar utama di seluruh dunia menghasilkan emosi yang unik dan membanggakan kami," kata Naib Presiden Jualan dan Aktiviti Selepas Jualan Ducati, Francesco Milicia.

Ducati 'We Ride As One' 2023 himpun lebih 15k Ducatisti seluruh dunia, Malaysia pun ada! 04

"Saya memperoleh tunggangan yang cukup menarik di jalan-jalan di Rom dan ditemani pelumba MotoGP Ducati, Fabio Di Giannantonio bersama rakan-rakan di Ducati Roma, yang turut meraikan ulangtahun ke-10 dalam perniagaan ini," katanya.

Ducati 'We Ride As One' 2023 himpun lebih 15k Ducatisti seluruh dunia, Malaysia pun ada! 05

Di Malaysia, menurut Ducati Malaysia, sejumlah 349 pemilik Ducati turut menjayakan acara berkenaan.

Ducati 'We Ride As One' 2023 himpun lebih 15k Ducatisti seluruh dunia, Malaysia pun ada! 06

Antara tempat-tempat menarik yang menjadi destinasi konvoi itu di Malaysia termasuklah Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Kellie Castle dan Flor de La Mar di Melaka.

Ducati 'We Ride As One' 2023 himpun lebih 15k Ducatisti seluruh dunia, Malaysia pun ada! 07

Susulan kejayaan yang diperoleh, Ducati dikatakan akan menjadikan acara 'We Ride As One' sebagai acara tahunan dan kekal dianjurkan pada Sabtu pertama bulan Mei. Dan menurut jangkaan, ia akan menjadi penganjuran yang lebih besar pada tahun depan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda