window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WSBK: Ducati lakar hatrik di Barcelona, Bautista makin payah dikekang!

Khairil ยท May 8, 2023 07:00 PM

WSBK: Ducati lakar hatrik di Barcelona, Bautista makin payah dikekang! 01

Ducati meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) musim ini apabila pelumba bintangnya, Alvaro Bautista menyapu bersih semua kemenangan yang ditawarkan di Barcelona.

Selepas memenangi Perlumbaan 1, Bautista tampak sedikit bergelut dalam keadaan pada Perlumbaan Superpole sebelum kembali 'mengganas' di Perlumbaan 2.

WSBK: Ducati lakar hatrik di Barcelona, Bautista makin payah dikekang! 02

Kem Ducati meraikan kejayaan gemilang di Barcelona

Kemenangan di Barcelona adalah kejayaan hatrik ketiga daripada empat pusingan buat Ducati dan Bautista musim ini di mana pelumba kelahiran Sepanyol itu turut memenangi 11 daripada 12 perlumbaan yang sudah berlangsung.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Segala-galanya berjalan dengan cukup cemerlang," kata Bautista. "Ia sempurna kerana kami memenangi ketiga-tiga perlumbaan. Setiap perlumbaan adalah berbeza. Ketika Perlumbaan Superpole, ia sedikit menakutkan terutama pada tiga pusingan terakhir kerana hujan mula turun," kata Bautista.

WSBK: Ducati lakar hatrik di Barcelona, Bautista makin payah dikekang! 01

Menamatkan ketiga-tiga perlumbaan di Barca adalah pelumba Yamaha, Toprak Razgatlioglu yang ketika ini mencetus kontroversi membabitkan masa depannya bersama pengeluar dari Jepun itu.

WSBK: Ducati lakar hatrik di Barcelona, Bautista makin payah dikekang! 02

Toprak Razgatlioglu

Pelumba Kawasaki, Jonathan Rea dari Britain melengkapkan kedudukan podium pada Perlumbaan 1 sebelum rakan sepasukan Toprak, Andrea Locatelli mengisi tempat ketiga pada Perlumbaan Superpole.

Pada Perlumbaan 2, rakan sepasukan Bautista, Michael Ruben Rinaldi melengkapkan kedudukan podium.

WSBK: Ducati lakar hatrik di Barcelona, Bautista makin payah dikekang! 03

Sementara itu, pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah turut mengutip mata di Barcelona apabila pelumba pasukan Petronas MIE Racing Honda itu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 pada Perlumbaan 1.

WSBK: Ducati lakar hatrik di Barcelona, Bautista makin payah dikekang! 04

Hafizh Syahrin

Selepas menamatkan Perlumbaan Superpole di luar kedudukan mata, pelumba kelahiran Ampang itu mengalami kemalangan pada Perlumbaan 2 dan tidak menamatkan perlumbaan.

Sumber imej: FB Pata Yamaha Prometeon WSBKAruba.it Racing - DucatiMie Racing Japan

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda