window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hakim Danish kutip 8 mata di Pusingan 2 ETC Jerez, minggu yang kurang 'menjadi'!

Khairil · May 22, 2023 01:00 PM

Hakim Danish kutip 8 mata di Pusingan 2 ETC Jerez, minggu yang kurang 'menjadi'! 01

Persembahan 'padu' yang diharapkan pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli ketika beraksi di Pusingan 2 perlumbaan European Talent Cup (ETC) 2023 di Jerez, Sepanyol tidak menjadi kenyataan.

Tiba di Jerez sebagai antara pemenang podium pada Pusingan 1 sebelum ini, pelumba kelahiran Terengganu itu meraih sesi ujian bebas yang baik tetapi kesilapan ketika sesi kelayakan akhirnya memakan diri.

Hakim Danish kutip 8 mata di Pusingan 2 ETC Jerez, minggu yang kurang 'menjadi'! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berikutan penalti yang dikenakan (kesalahan memperlahankan jentera ketiga kelayakan), Hakim Danish terpaksa memulakan perlumbaan di petak terakhir pada Perlumbaan 1 dan petak ke-13 pada Perlumbaan 2.

Hakim Danish kutip 8 mata di Pusingan 2 ETC Jerez, minggu yang kurang 'menjadi'! 01

Pada Perlumbaan 1, sekalipun memperoleh permulaan yang baik, pelumba berusia 15 tahun itu berjaya menempatkan diri di kelompok depan namun sedikit kesilapan di tengah perlumbaan memaksanya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11.

Hakim Danish kutip 8 mata di Pusingan 2 ETC Jerez, minggu yang kurang 'menjadi'! 02

Memulakan Perlumbaan 2 di petak tengah, Hakim Danish mengakui kesilapan di garisan permulaan menyukarkannya untuk mengejar kelompok depan dan menamatkan aksi di tangga ke-13.

Dan lapan mata yang diraih daripada kedua-dua perlumbaan menyaksikan kedudukan Hakim Danish di carta pelumba jatuh ke tangga ke-9 dengan keseluruhan 24 mata. Pelumba Sepanyol, Maximo Quiles memimpin carta dengan 83 mata.

Hakim Danish kutip 8 mata di Pusingan 2 ETC Jerez, minggu yang kurang 'menjadi'! 03

Hakim Danish

"Secara keseluruhan, saya kurang gembira dengan prestasi pada Pusingan 2 ini dan saya tidak sabar untuk melakukan yang lebih baik pada pusingan berikutnya," kata Hakim Danish.

Begitupun sekadar info, sebelum tiba di Jerez, Hakim Danish terpaksa mengerah habis-habiskan keringatnya kerana sebelum itu, dia sudah mengharungi tiga pusingan perlumbaan berturut-turut dalam tempoh seminggu berselang di ETC dan Red Bull Rookies Cup.

Hakim Danish kutip 8 mata di Pusingan 2 ETC Jerez, minggu yang kurang 'menjadi'! 04

Menurut pihak pengurusannya, Hakim Danish akan pulang ke Malaysia untuk bertemu keluarga selama beberapa hari selepas aksi di Jerez ini sebelum kembali ke Eropah bagi Pusingan 3 ETC.

Sumber imej: ZK Racing

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda