window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CFMoto 450SR S (2023) debut pasaran China, harga RM 21.7k, ada peluang 'masuk' Malaysia?

Khairil · Jun 1, 2023 06:00 PM

CFMoto 450SR S (2023) debut pasaran China, harga RM 21.7k, ada peluang 'masuk' Malaysia? 01

Syarikat pengeluar motosikal gergasi China, CFMoto sememangnya cukup 'sayang' dan berbangga dengan model 'Sportbike' terbaharunya, CFMoto 450SR (2023). Selepas pelancaran besar-besaran di Turki, baru-baru ini, satu lagi versi model berkenaan dilancarkan dikenali sebagai CFMoto 450SR S (2023).

CFMoto 450SR S (2023) debut pasaran China, harga RM 21.7k, ada peluang 'masuk' Malaysia? 02

Tetapi tidak seperti CFMoto 450SR (2023) yang sudah membuat kemunculannya di pasaran global termasuk Malaysia, CFMoto 450SR S (2023) ketika ini eksklusif bagi pasaran China.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

CFMoto 450SR S (2023) debut pasaran China, harga RM 21.7k, ada peluang 'masuk' Malaysia? 01

Sebagai versi naik taraf, CFMoto 450SR S (2023) dijual pada angka Rmb 33,580 (RM 21,777).

CFMoto 450SR S (2023) debut pasaran China, harga RM 21.7k, ada peluang 'masuk' Malaysia? 02

Untuk info, CFMoto 450SR (2023) di pasaran Malaysia dijual pada harga asas RM 28,888 (tak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan, insuran).

Dua pilihan warna ditawarkan untuk CFMoto 450SR S (2023) iaitu:

  • Zircon Black
  • Starlight White

CFMoto 450SR S (2023) debut pasaran China, harga RM 21.7k, ada peluang 'masuk' Malaysia? 03

Jika melihat dari sudut rekaan, tiada perubahan begitu ketara dapat dilihat terhadap CFMoto 450SR S (2023) berbanding CFMoto 450SR (2023) jika tidak dipandang secara terperinci. Tetapi, menurut CFMoto, antara perubahan yang dibuat termasuklah di bahagian fairing sisi dan bahagian bawah manakala sistem ekzos turut berubah menjadi lebih pendek.

CFMoto 450SR S (2023) debut pasaran China, harga RM 21.7k, ada peluang 'masuk' Malaysia? 04

Dan perubahan paling menarik dan ketara adalah penggunaan 'Single swingarm', komponen yang sebelum ini dipadankan pada model konsep yang ditayangkan pada tahun 2021, SR-C21. 

CFMoto 450SR S (2023) debut pasaran China, harga RM 21.7k, ada peluang 'masuk' Malaysia? 05

Tiada perubahan dari sudut trenkuasa dengan CFMoto 450SR (2023) kekal bersama padanan enjin bersesaran 449.5 cc, Parallel-Twin, 8 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

CFMoto 450SR S (2023) debut pasaran China, harga RM 21.7k, ada peluang 'masuk' Malaysia? 06

Kuasa yang dihamburkan adalah 49.6 Hp pada 9,500 rpm dan tork 39 Nm pada 7,600 rpm. 

Melengkapi motosikal ini adalah ciri model seperti TCS (Traction Control System), sistem lampu kecemasan, lampu depan automatik, panel meter bersaiz 5 inci TFF berwarna yang lengkap dengan sambungan ke telefon bimbit dan internet.

CFMoto 450SR S (2023) debut pasaran China, harga RM 21.7k, ada peluang 'masuk' Malaysia? 07

Ciri-ciri menarik lain termasuklah penggunaan fork depan jenis terbalik (USD), brek cakera tunggal dengan kaliper Brembo (depan) dan cakera tunggal (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

CFMoto 450SR S (2023) debut pasaran China, harga RM 21.7k, ada peluang 'masuk' Malaysia? 08

Informasi lain adalah seperti set roda 110/70-17 (depan) dan 150/60-17 (belakang), port pengecas telefon, brat 169 kg dan kapasiti tangki bahan api 14 liter.

CFMoto 450SR S (2023) debut pasaran China, harga RM 21.7k, ada peluang 'masuk' Malaysia? 09

Ketika ini, CFMoto Malaysia sememangnya tampak cukup aktif memasarkan beberapa produk jenama itu di negara ini terbaharu CFMoto XO Papio (2023) yang dilancarkan pada bulan lalu. 

CFMoto 450SR S (2023) debut pasaran China, harga RM 21.7k, ada peluang 'masuk' Malaysia? 10

Dan berpandu kepada hala tuju itu, CFMoto 450SR S (2023) sememangnya tampak berpeluang besar untuk tiba di pasaran tempatan tetapi buat masa ini, hanya masa yang menentukan. Sama-sama kita tunggu pengumumannya.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda