window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Damok, Hakim Danish dihambat kecewa di Le Mans!

Khairil · May 15, 2023 06:00 PM

Damok, Hakim Danish dihambat kecewa di Le Mans! 01

Detik mengecewakan diharungi dua perlumba negara Syarifuddin Azman dan Hakim Danish Ramli dalam penampilan sulung di Litar Le Mans, Perancis selepas masing-masing gagal menamatkan perlumbaan susulan kemalangan.

Damok, Hakim Danish dihambat kecewa di Le Mans! 02

Damok (No.63)

Beraksi dalam kelas Moto3 (Kejuaraan Motosikal Dunia), Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok tampil dengan peningkatan prestasi ketika sesi ujian dan kelayakan untuk memulakan perlumbaan di petak ke-10.

Damok, Hakim Danish dihambat kecewa di Le Mans! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi prestasi itu tidak dapat diterjemahkan ketika perlumbaan apabila pelumba pasukan MT Helmets - Msi itu mengalami kemalangan ketika berada di posisi ke-11.

Damok, Hakim Danish dihambat kecewa di Le Mans! 01

"Minggu yang baik di Le Mans selepas beberapa peningkatan dapat saya dan pasukan lakukan. Pada perlumbaan, saya kurang bernasib baik kerana tidak dapat menghabiskan perlumbaan dan terjatuh ketika berada di posisi ke-11. Kami akan terus bekerja keras dan jumpa lagi di Mugello (Itali)."

Damok, Hakim Danish dihambat kecewa di Le Mans! 02

Kemenangan di Perancis dalam kelas Moto3 menjadi milik pelumba Red Bull KTM Tech 3, Daniel Holgado. Mengikutinya di podium adalah pelumba Jepun, Ayumu Sasaki (LiquiMoly Husqvarna Intact GP) dan Jaume Sasaki (Leopard Racing).

Damok, Hakim Danish dihambat kecewa di Le Mans! 03

Tangkap layar kemalangan babit Hakim Danish

Sementara itu, malang turut menimpa pelumba muda negara, Hakim Danish yang beraksi dalam perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup di litar sama.

Damok, Hakim Danish dihambat kecewa di Le Mans! 04

Pada Perlumbaan 2, Hakim yang bersaing di kelompok depan berdepan kemalangan selepas dirempuh pelumba lain.

Damok, Hakim Danish dihambat kecewa di Le Mans! 05

Hakim Danish

"Pada perlumbaan kedua saya mendapat permulaan yang baik dan saya bersaing di kelompok hadapan. Saya mendapat keyakinan yang tinggi dengan jentera. Namun di pusingan terakhir saya telah dilanggar pelumba lain dan menyebabkan saya tidak dapat menghabiskan perlumbaan. 

Damok, Hakim Danish dihambat kecewa di Le Mans! 06

"Saya akan terus bekerja keras untuk perlumbaan ETC minggu hadapan di Valencia," kata Hakim Danish. Pada Perlumbaan 1, Hakim berjaya melepasi garisan penamat di kedudukan ke-9.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda