window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

ARRC: Kem Malaysia kuasai kelas SS600, pelumba Jerman, Reiterberger takluk ASB1000 di Sepang!

Khairil · May 15, 2023 08:00 PM

ARRC: Kem Malaysia kuasai kelas SS600, pelumba Jerman, Reiterberger takluk ASB1000 di Sepang! 01

Tiada dominasi penuh pelumba negara di Pusingan 2 perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tetapi keputusan yang diraih terutama dalam kelas SuperSports 600 (SS600) tetap mencipta bangga.

ARRC: Kem Malaysia kuasai kelas SS600, pelumba Jerman, Reiterberger takluk ASB1000 di Sepang! 02

Azroy Hakeem Anuar

Selepas Azroy Hakeem Anuar memenangi Perlumbaan 1 kelas pertengahan itu pada Sabtu, rakan sepasukannya dari Boon Siew Honda, Khairul Idham Pawi mengulangi kejayaan sama dengan memenangi Perlumbaan 2 pada Ahad.

ARRC: Kem Malaysia kuasai kelas SS600, pelumba Jerman, Reiterberger takluk ASB1000 di Sepang! 03

Podium Perlumbaan 1 yang diketuai Azroy Hakeem Anuar (tengah), KIP (kiri) dan Helmi Azman

Lebih mengujakan, ketiga-tiga kedudukan podium Perlumbaan 1 kelas pertengahan itu berjaya di sapu bersih pelumba negara dengan tempat ketiga turut menjadi milik Md Helmi Azman.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

ARRC: Kem Malaysia kuasai kelas SS600, pelumba Jerman, Reiterberger takluk ASB1000 di Sepang! 01

Khairul Idham Pawi (KIP)

"Ia perlumbaan yang menakjubkan. Sejak awal, saya memperoleh kelajuan yang baik jadi saya sentiasa memberikan tekanan sepanjang masa," kata KIP. "Semalam (Kelmarin), bapa saya memberitahu saya supaya kekal di belakang untuk 'menyelamatkan' tayar tetapi saya memperoleh idea yang leih baik iaitu kekal di depan dan mencari rentak yang betul.

ARRC: Kem Malaysia kuasai kelas SS600, pelumba Jerman, Reiterberger takluk ASB1000 di Sepang! 02

Aksi perlumbaan kelas SS600

"Sudah tentu, saya perlu 'menguruskan' penggunaan tayar depan dan belakang dan mengelak daripada 'menghabiskannya' terlalu awal. Azroy berjaya memintas saya tetapi saya yakin dengan kelajuan saya dan berjaya untuk merampas kedudukan itu. Secara keseluruhan, ia perlumbaan yang menakjubkan."

Dalam kelas ASB1000, pelumba Jerman, Marcus Reiterberger berjaya memenangi kedua-dua perlumbaan yang ditawarkan dalam kelas itu. 

ARRC: Kem Malaysia kuasai kelas SS600, pelumba Jerman, Reiterberger takluk ASB1000 di Sepang! 03

Podium Perlumbaan 2 ASB1000 diketuai Marcus Reiterberger (tengah), Noguichi (kiri) dan Azlan Shah.

Begitupun, wakil negara yang turut bersaing turut tidak begitu mengecewakan yang menyaksikan Azlan Shah Kamaruzaman berjaya menduduki tempat kedua dalam kedua-dua perlumbaan.

Tempat ketiga Perlumbaan 1 turut menjadi milik pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi namun pada Perlumbaan 2, posisi itu menjadi milik pelumba Jepun, Haruki Noguichi.

ARRC: Kem Malaysia kuasai kelas SS600, pelumba Jerman, Reiterberger takluk ASB1000 di Sepang! 04

Marcus Reiterberger

Agak mengecewakan buat kem negara, tiada langsung kedudukan podium berjaya diraih pelumba negara dalam kelas AP250 yang menyaksikan penguasaan penuh pelumba Indonesia dari pasukan Astra Honda Racing Team.

Dalam kelas 'kapcai' UB150, pelumba Indonesia, Wawan Wello dari pasukan PitsBike JRT Tech 2 OneWay Racing yang menggunakan jentera Yamaha Y15ZR berjaya memenangi Perlumbaan 1. 

ARRC: Kem Malaysia kuasai kelas SS600, pelumba Jerman, Reiterberger takluk ASB1000 di Sepang! 05

Nazirul Izzat Bahauddin

Tetapi kebangkitan barisan pelumba negara diketuai Nazirul Izzat Bahauddin dipamerkan pada Perlumbaan 2. Dengan kemenangan menjadi milik Nazirul Izzat (Uma Racing Yamaha Maju Motor Asia), tempat kedua dan ketiga juga dimenangi perlumbaan Malaysia masing-masing menerusi pelumba OneXOX TTKR Racing, Md Shafiq Rasol dan Md Hafiz Rofa.

"Saya memberikan saingan yang sengit sejak lap pertama hingga akhir. Setiap lap memberikan cabaran yang berbeza tetapi saya bertekad untuk mengatasinya. Terima kasih terutama kepada ibu saya atas sokongan tak berbelah bagi dan juga tidak lupa kepada pasukan yang sentiasa ada bersama saya," kata Nazirul.

ARRC: Kem Malaysia kuasai kelas SS600, pelumba Jerman, Reiterberger takluk ASB1000 di Sepang! 06

Nazirul Izzat Bahauddin sujud syukur selepas kemenangan di Perlumbaan 2 UB150

Sementara itu, penguasaan penuh turut ditampilkan oleh pelumba negara dalam Perlumbaan TVS Asia (One Make Champioship) selepas kedua-dua perlumbaan yang ditawarkan berjaya dimenangi pelumba negara.

ARRC: Kem Malaysia kuasai kelas SS600, pelumba Jerman, Reiterberger takluk ASB1000 di Sepang! 07

Md Muzakkir Mohamed

Selepas Md Muzakkir Mohamed memenangi Perlumbaan 1, Perlumbaan 2 turut dimenangi perlumba Malaysia menerusi pelumba berpengalaman, Md Ramdan Rosli.

ARRC: Kem Malaysia kuasai kelas SS600, pelumba Jerman, Reiterberger takluk ASB1000 di Sepang! 08

Podium Perlumbaan 2 TVS Asia diketuai Ramdan (tengah),  Muzakkir (kiri) dan pelumba Thailand, Vorapong Malahuan

"Ia tidak semudah seperti yang dilihat (berlumba di kategori One Make). Setiap pelumba yang beraksi di kejuaraan ini mempunyai skil yang hampir sama dan mempunyai pengalaman masing-masing.

ARRC: Kem Malaysia kuasai kelas SS600, pelumba Jerman, Reiterberger takluk ASB1000 di Sepang! 09

Md Ramdan Rosli

"Penting untuk kekal fokus pada penghujung saingan. Saya lebih memahami jentera saya ketika ini dan sekalipun semua orang mempunyai jentera yang serupa, apa yang utama kini adalah mempunyai minda yang fokus dan menggunakan segala skil yang ada. Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan berharap untuk mendapatkan lebih kemenangan selepas ini," kata Ramdan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda