window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda 2 akan terus ditawarkan sehingga 10 tahun; facelift kedua menyusul!

Haris Β· Jan 26, 2023 08:00 PM

Mazda 2 akan terus ditawarkan sehingga 10 tahun; facelift kedua menyusul! 01

Mazda 2 kini sudah mencecah tahun ke-9 pengeluarannya tetapi hatchback dan sedan segmen B ini bakal menyaksikan kitaran hayat yang dilanjutkan untuk sedikit masa lagi berikutan brosur yang tertiris menggambarkan satu lagi kemas kini untuk model itu.

Menurut sumber daripada portal automotif Jepun, Mazda mungkin memperkenalkan facelift kedua untuk Mazda 2 yang dijangka tiba akhir tahun ini.

Mazda 2 akan terus ditawarkan sehingga 10 tahun; facelift kedua menyusul! 02

Mazda 2 facelift pertama, model spesifikasi Thailand ditunjukkan

Mazda 2 menerima facelift pertamanya pada tahun 2019, di mana model itu menerima reka bentuk depan dan belakang yang lebih anggun, serta kemasukan ciri G-Vectoring Plus (GVC Plus).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya!

Mazda 2 akan terus ditawarkan sehingga 10 tahun; facelift kedua menyusul! 01

Kali ini, rekaan Mazda 2 yang berwajah senyum dilihat semakin muram kerana model facelift kedua akan memberikan fasia baharu. Berdasarkan brosur tersebut, bumper depannya yang disemak semula dengan lubang gril pengambilan udara menghadap ke bawah.

Mazda 2 akan terus ditawarkan sehingga 10 tahun; facelift kedua menyusul! 02

Varian terpilih Mazda 2 facelift juga mendapat fascia depan ala-ala kereta elektrik (EV), manakala varian Sport menawarkan gril hitam penuh dengan logo berwarna merah di sudut kanan atas. Selebihnya Mazda 2 facelift kelihatan serupa dengan model semasa, sekurang-kurangnya untuk bahagian lain yang kita sedia tahu.

Mazda 2 akan terus ditawarkan sehingga 10 tahun; facelift kedua menyusul! 03

Pilihan trenkuasa juga dijangka akan dikekalkan. Bergantung kepada pasaran, Mazda 2 ditawarkan dengan pelbagai enjin SkyActiv petrol dan diesel. Pilihan enjin tunggal untuk Malaysia adalah enjin petrol 4-silinder 1.5 liter yang disedut secara semula jadi yang menghamburkan 115 PS dan 148 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Baca: Mazda 2 dikemaskini di Jepun - enjin Skyactiv G dipertingkat, warna baru yang sangat menarik!

Mazda 2 akan terus ditawarkan sehingga 10 tahun; facelift kedua menyusul! 04

Mazda 2 pasaran Malaysia

Thailand adalah satu-satunya pasaran di mana Mazda 2 adalah model terlaris syarikat itu serta memintas di pasaran domestik, Jepun. Bagi setiap pasaran lain, Mazda CX-5 kebiasaannya mendahului carta jualan.

Tahun lepas sahaja, Mazda Thailand menjual 16,249 unit Mazda 2, mengukuhkan kedudukannya sebagai model terlaris di negara itu. Tempat kedua jatuh kepada Mazda CX-30, dengan 6,092 unit terjual, kurang daripada separuh daripada jumlah jualan Mazda 2.

Mazda 2 akan terus ditawarkan sehingga 10 tahun; facelift kedua menyusul! 05

Mazda 2 Sedan pasaran Thailand

Bagi Malaysia, memandangkan unit kita diimport (CBU) dari Thailand, ia hanya menunggu masa sebelum Mazda 2 facelift tiba di pengedar rasmi.

Mazda 2 pada ketika ini berharga dari RM 103,670 untuk kedua-dua varian sedan dan hatchback. Pilihan warna eksklusif Mazda iaitu Soul Red Crystal menambah lagi RM 1,000 kepada harga tersebut.

Baca: Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mazda 2 Hatchback 1.5L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda