window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pembeli di Thailand tetap pilih Mazda 2 walau hampir 10 tahun - 1,500 tempahan pada 5 hari pertama pelancaran

Faisal Β· Jun 30, 2023 01:15 PM

Pembeli di Thailand tetap pilih Mazda 2 walau hampir 10 tahun - 1,500 tempahan pada 5 hari pertama pelancaran 01

Bagi anda yang belum tahu, Mazda 2 bukanlah kereta baru dan memandangkan ia diperkenalkan pada tahun 2014, usianya sudah hampir memasuki 10 tahun. Ia hadir dalam format sedan atau hatchback dan kereta segmen B ini bersaing dengan Toyota Vios, Nissan Almera, Toyota Yaris, Honda City, Honda Jazz dan Honda City Hatchback.

Menariknya, Mazda 2 masih dalam generasi sama dan model baru ini mendapat pembaharuan pada peranti GVC Plus dan gaya.

Pembeli di Thailand tetap pilih Mazda 2 walau hampir 10 tahun - 1,500 tempahan pada 5 hari pertama pelancaran 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Disebabkan Mazda merupakan syarikat kereta yang tidak besar seperti Honda dan Toyota, mereka tidak dapat melabur dalam model serba baharu dengan begitu cepat.

Pembeli di Thailand tetap pilih Mazda 2 walau hampir 10 tahun - 1,500 tempahan pada 5 hari pertama pelancaran 01

Tetapi dengan gaya yang cukup menarik, Mazda 2 kekal dengan pembaharuan dan ia masih diminati ramai, sama seperti Mazda 6 walaupun sudah berada lama dalam pasaran.

Pembeli di Thailand tetap pilih Mazda 2 walau hampir 10 tahun - 1,500 tempahan pada 5 hari pertama pelancaran 02

Di Thailand, lima hari selepas pelancaran Mazda 2 Hatchback dan Sedan 2023, Mazda Thailand memaklumkan bahawa mereka telah mengutip sehingga 1,500 tempahan. Mungkin angka ini tidak begitu besar dari pandangan Honda ataupun Toyota tetapi kalau dalam masa 5 hari sahaja, ini sesuatu yang cukup hebat.

Bilangan tempahan buat kedua-dua jenis badan juga hampir sama dan kebanyakan pelanggan menempah varian New Wave Design. Untuk makluman anda, varian satu lagi dikenal sebagai Sport Design yang mana ia tampil dengan gril hitam dengan jeriji mesh.

Pembeli di Thailand tetap pilih Mazda 2 walau hampir 10 tahun - 1,500 tempahan pada 5 hari pertama pelancaran 03

Jelas Mazda Thailand, Mazda 2 2023 yang menawarkan pelbagai konfigurasi warna mengikut pilihan varian telah memenangi ramai pembeli.

Dari segi teknikal, Mazda 2 di sana dipasang lokal (CKD) di kilang AAT hasil kerjasama Ford-Mazda di Rayong.

Pembeli di Thailand tetap pilih Mazda 2 walau hampir 10 tahun - 1,500 tempahan pada 5 hari pertama pelancaran 04

Trenkuasanya kekal dengan nadi 1.3L NA SkyActiv-G dan 1.5L diesel SkyActiv-D. Ini berbeza dengan Mazda 2 di pasaran kita yang hadir dengan enjin 1.5L NA SkyActiv-G di mana ia diimport (CBU) dari Thailand.

Di Malaysia, harga Mazda 2 dijual pada RM 103,000 untuk kedua-dua Hatchback dan Sedan.

Juga bacaMazda 2 Sedan 2023 facelift debut global di Thailand - 2 wajah, 83 konfigurasi reka bentuk!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mazda 2 Sedan 1.5L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda