window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Binyue facelift 2021 beri bayangan kemaskini Proton X50, ada 'dashcam' 360 darjah!

Haris ยท Aug 11, 2021 11:00 AM

Geely Binyue facelift 2021 beri bayangan kemaskini Proton X50, ada 'dashcam' 360 darjah! 01

Geely Binyue facelift 2021 telah menerima kemaskini baharu di negara Tanah Besar China. Sebagai peneraju kepada SUV berteknologi tinggi, terdapat kemungkinan bahawa sedikit kemaskini yang ditawarkan ini bakal dibawa ke model kembar Proton X50. Malah sehingga ke hari ini, tiada pengeluar lain yang mampu menawarkan fungsi parkir sendiri pada segmen pasaran yang setaraf.

Geely Binyue facelift 2021 beri bayangan kemaskini Proton X50, ada 'dashcam' 360 darjah! 02

Sebagai permulaan, Geely Binyue facelift 2021 baharu meningkatkan ciri keselamatan sedia ada di samping tambahahan fungsi baru. Berdasarkan suite ADAS yang sama, Geely Binyue baru akan menambah Speed Limit Information Function (SLIF), Remote Parking Assist (RPA), dan fungsi Brek Kecemasan Autonomi (AEB) yang dipertingkatkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun satu fungsi yang nampak sesuai untuk diketengahkan untuk pengguna Malaysia adalah kamera dashcam 360 darjah. Ya, kesemua kamera yang ada pada sekeliling Geely Binyue kini mampu merakam video! 

Geely Binyue facelift 2021 beri bayangan kemaskini Proton X50, ada 'dashcam' 360 darjah! 01

Pada bahagian perisian pula, sistem infotainment 'Milky Way' kini dikuasakan oleh cip terbaru E02 yang didakwa meningkatkan kepantasan sehingga 3.3x lebih pantas berbanding sistem infotaiment lama. Ini memudahkan operasi perisian lebih lancar dan memudahkan pemandu berinteraksi dengan sistem kenderaan.

Geely Binyue facelift 2021 beri bayangan kemaskini Proton X50, ada 'dashcam' 360 darjah! 02

Dengan kesemua spesifikasi dan kemaskini perisian yang canggih, Geely Binyue turut menawarkan naik taraf perisian secara nirwayar (over-the-air). Walau bagaimanapun, kemaskini secara OTA ini hanya terhad kepada 4G. Lebih baik daripada bersusah payah membawa SUV kesayangan ke pusat servis, kan?

Geely Binyue facelift 2021 beri bayangan kemaskini Proton X50, ada 'dashcam' 360 darjah! 03

Peningkatan lain yang lebih menyentuh deria termasuklah fungsi 'launch control', tambahan mod pemanduan ‘Track’, dan sistem ekzos yang boleh disesuaikan bunyi secara elektronik. Peningkatan ini selari dengan rekaan Geely Binyue facelift ini yang nampak lebih sporty.

Geely Binyue facelift 2021 beri bayangan kemaskini Proton X50, ada 'dashcam' 360 darjah! 04

Pilihan trenkuasa masih dikekalkan. Geely Binyue baru mendapat pilihan dua enjin turbocaj, enjin 1.4 liter yang menghasilkan 141 PS dan 235 Nm atau enjin 1.5 liter yang ada pada Proton X50. Pilihan transmisi pula hadir dengan transmisi manual 6-kelajuan atau dwi-klac (DCT) automatik 6-kelajuan.

Geely Binyue akan menjengah bilik pameran di China pada penghujung bulan ini.

Bacaan Lanjut:

Geely Binyue Pro 2021 menambah ekzos boleh laras, mod trek, & ‘launch control’ - boleh lepak dataran

Bocor: Geely Binyue Pro facelift 2021 – kembar X50 ada rupa baru, infotainment 12.3 inci!

Geely Binyue PHEV (Proton X50): PR Geely sendiri kongsikan pengalaman pemilikan beliau

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Geely Bin Yue G-power 200T

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda