window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Xingyue L AWD ini sebenarnya Volvo T5 di sebalik badan luarannya

Mersita · Apr 1, 2021 04:00 PM

Geely Xingyue L AWD ini sebenarnya Volvo T5 di sebalik badan luarannya 01

Semakin banyak perkara yang mula didedahkan sekitar perkembangan SUV terbaru dari Geely. Baru bulan lalu, nama model ini disahkan sebagai Geely Xingyue L.

Baru-baru ini, syarikat yang berpengkalan di Hangzhou ini telah mendedahkan spesifikasi enjin Xingyue L, termasuklah data prestasinya.

Geely Xingyue L AWD ini sebenarnya Volvo T5 di sebalik badan luarannya 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely Xingyue L dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter berpengecas turbo dengan 4 silinder yang mampu menjana kuasa kuda 238 PS dan tork 350 Nm. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear Aisin automatik ‘torque converter’ 8 kelajuan, memacu keempat-empat roda menerusi sistem ‘all-wheel drive’ (AWD) Haldex generasi keenam.

Jika anda pernah dengar nama trenkuasa ini, ia adalah kerana trenkuasa Xingyue L amat serupa dengan model-model Volvo berlencana T5, kecuali sistem AWD tersebut.

Geely Xingyue L AWD ini sebenarnya Volvo T5 di sebalik badan luarannya 01

Kombinasi trenkuasa ini membolehkan Xingyue L untuk mencapai pecutan 0-100 km/jam dalam masa hanya 7.7 saat dengan kecekapan minyak sebanyak 7.7 liter/100 km.

Geely Xingyue L AWD ini sebenarnya Volvo T5 di sebalik badan luarannya 02

Selain daripada data prestasi ini, Geely juga mengumumkan yang Xingyue L telah lulus ujian ‘moose’ pada kelajuan 79 km/jam. Namun, tiada pula maklumat tentang proses ujian ‘moose’ ini – samada ia dijalankan oleh pemandu manusia ataupun kawalan robotik dipasang pada stereng.

Geely Xingyue L AWD ini sebenarnya Volvo T5 di sebalik badan luarannya 03

Geely barangkali akan menayangkan Xingyue L di acara Auto Shanghai 2021 yang akan datang pada 21 – 28 April 2021, disusuli dengan debut pasaran pada bulan Mei.

Baca juga: Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda