window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gimik 'artis BBNU' punya pasal, nama kelab motosikal Gear 7 MC Malaysia jadi buruk!

Khairil · Jan 25, 2022 02:00 PM

Gimik 'artis BBNU' punya pasal, nama kelab motosikal Gear 7 MC Malaysia jadi buruk! 01

Gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab penyanyi Alfie Zumi ‘mencipta’ gimik untuk mempromosikan video muzik terbaharunya, reputasi dan nama kelab motosikal Gear 7 MC Malaysia yang rata-rata menunggang Harley-Davidson tercemar.

Alfie sebelum ini mencipta sensasi apabila apabila mereka-reka cerita bahawa dirinya telah dipukul kumpulan lelaki bermotosikal pada Khamis lalu di media sosialnya.

Juga baca: Cubaan 'bekap' marshal konvoi motosikal besar lagak polis, netizen tambah bengang!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gimik 'artis BBNU' punya pasal, nama kelab motosikal Gear 7 MC Malaysia jadi buruk! 01

Antara aktiviti konvoi kelab motosikal Gear 7 MC Malaysia. Sumber imej: FB Gear 7 MC Malaysia

Begitupun, ia sebenarnya hanyalah sedutan dalam muzik video terbaharu penyanyi 'Budak-budak baru nak up' atau BBNU itu sebagai ‘gimik’ untuk memancing pendengar. 

Gimik 'artis BBNU' punya pasal, nama kelab motosikal Gear 7 MC Malaysia jadi buruk! 02

Gimik sensasi tidak bertanggungjawab dibuat oleh artis Alfie Zumi

Gimik 'artis BBNU' punya pasal, nama kelab motosikal Gear 7 MC Malaysia jadi buruk! 03

Tangkap layar di Instagram Alfie Zumi

Susulan itu, pengasas kelab itu, Shawn Foo secara rasmi membatalkan hak penyanyi berkenaan daripada menggunakan sebarang rakaman, nama,warna atau pengenalan membabitkan ahlinya digunakan dalam video muzik terbaharu penyanyi itu.

Juga baca: Tiada marshal berkuasa tahan, arah kenderaan awam - Timbalan Ketua Polis Negara

Gimik 'artis BBNU' punya pasal, nama kelab motosikal Gear 7 MC Malaysia jadi buruk! 04

Kata Shawn, pihaknya kesal dengan tindakan berkenaan dan walaupun penyanyi itu telah membuat permohonan maaf dan mengaku salah dalam Instagram miliknya, perkara itu sedikit sebanyak telah mencalarkan imej kelab motosikal Gear 7 MC Malaysia yang turut terlibat dalam pembikinan video muzik tersebut.

Gimik 'artis BBNU' punya pasal, nama kelab motosikal Gear 7 MC Malaysia jadi buruk! 05

Memetik kenyataan Facebook Gear 7 MC Malaysia, Shawn berkata Alfie mempelawa beberapa anggota dalam kelab motosikal tersebut untuk turut serta dalam produksi video muziknya beberapa bulan lalu.

“Permintaannya adalah kami diminta untuk menunggang motosikal di atas jalan raya, mengelilinginya ketika menyanyi dan melakonkan aksi memberhentikan keretanya.

Juga baca: Marshal bertinju tepi jalan, abang basikal jadi tukang lerai!

Gimik 'artis BBNU' punya pasal, nama kelab motosikal Gear 7 MC Malaysia jadi buruk! 06

“Kami bersetuju kerana dengan niat untuk membantu seorang artis baharu tanpa meminta sebarang bayaran kerana percaya pada konsep saling tolong-menolong."

Shawn berkata, disebabkan oleh gimik itu, ia seolah-olah memaparkan semua penunggang motosikal sebagai samseng jalan raya sekali gus boleh memberi persepsi buruk kepada masyarakat.

Gimik 'artis BBNU' punya pasal, nama kelab motosikal Gear 7 MC Malaysia jadi buruk! 07

“Saya ingin tegaskan bahawa kami bukan pembuli atau mengganggu pengguna jalan raya. Kami bukan sahaja mementingkan keselamatan diri sendiri, bahkan juga pengguna jalan raya lain," katanya.

Juga baca: Marshal konvoi buat hal di PD dah serah diri, seorang bergelar Dato!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda