window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GP Malaysia 2023 pada 10-12 November, sesi ujian pada Februari!

Khairil ยท Dec 2, 2022 05:00 PM

GP Malaysia 2023 pada 10-12 November, sesi ujian pada Februari! 01

Akhirnya, kalendar perlumbaan MotoGP atau Kejuaraan Motosikal Dunia musim 2023 diumumkan pengendali perlumbaan elit dua roda itu yang menyaksikan Grand Prix (GP) Malaysia musim depan dijadual pada 10 hingga 12 November. 

Tidak lagi menjadi perlumbaan kedua terakhir dalam kalendar, perlumbaan GP Malaysia 2023 diletakkan di pusingan ketiga terakhir diikuti GP Qatar dan penutup tirai, GP Valencia.

GP Malaysia 2023 pada 10-12 November, sesi ujian pada Februari! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejumlah 21 pusingan dengan 42 perlumbaan dijadual berlangsung susulan perubahan 'major' yang dilakukan Dorna bagi menjadikan MotoGP lebih menarik menerusi pengenalan 'Sprint Race'.

Selain menjadi perlumbaan ketiga terakhir dalam kalendar, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai medan ujian 'Shakedown test' yang dijadual pada 5 hingga 7 Februari diikuti ujian rasmi musim sejuk pada 10 hingga 12 Februari 2023.

Juga baca: GP Malaysia 2022: Ducati, 'Pecco' Bagnaia mengganas Sepang, tapi perseteruan dengan Yamaha sambung di Valencia!

GP Malaysia 2023 pada 10-12 November, sesi ujian pada Februari! 01

Buat pertama kali sejak tahun 2007, perlumbaan pembuka musim tidak akan berlangsung di Doha, Qatar namun bermula di Eropah iaitu Grand Prix (GP) Portugal.

Daripada 21 pusingan, 10 daripadanya adalah di luar Eropah dengan Kazakhstan dan India menjadi destinasi terbaharu namun masih tertakluk kepada proses homologasi. Turut digugurkan adalah perlumbaan di Aragon (Sepanyol).

Juga baca: GP Malaysia 2021 dibatalkan, tiada kelibat Valentino Rossi, bintang MotoGP di Sepang!

GP Malaysia 2023 pada 10-12 November, sesi ujian pada Februari! 02

10 perlumbaan di luar Eropah itu ialah Argentina, Amerika Syarikat (Benua Amerika) dan lapan Asia iaitu Kazakhstan, India, Jepun, Indonesia, Australia, Thailand, Malaysia dan Qatar.

Sebagai rekod, sejak musim 2014, GP Malaysia sentiasa menjadi perlumbaan pusingan kedua terakhir sebelum saingan penutup tirai di Valencia, Sepanyol.

GP Malaysia 2023 pada 10-12 November, sesi ujian pada Februari! 03

Berikut adalah kalendar perlumbaan MotoGP 2023:

  1. GP Portugal - Portimao, 24-26 Mac
  2. GP Argentina  - Termas de Rio Hondo, 31 Mac-2 April 
  3. GP Americas - Circuit of the Americas, 14-16 April 
  4. GP Sepanyol - Jerez, 28-30 April 
  5. GP Perancis - Le Mans, 12-14 Mei
  6. GP Itali - Mugello, 9-11 Jun
  7. GP Jerman - Sachsenring, 16-18 Jun
  8. GP Belanda - Assen, 23-25 Jun
  9. GP Kazakhstan GP - Sokol, 7-9 Julai 
  10. GP British - Silverstone, 4-6 Ogos 
  11. GP Austria - Red Bull Ring, 18-20 Ogos 
  12. GP Catalan - Barcelona, 1-3 September 
  13. GP San Marino - Misano, 8-10 September 
  14. GP India - Buddh, 22-24 September 
  15. GP Jepun - Motegi, 29 Sept-1 Oktober
  16. GP Indonesia - Mandalika, 13-15 Oktober
  17. GP Australia - Phillip Island, 20-22 Oktober 
  18. GP Thailand - Chang, 27-29 Oktober 
  19. GP MALAYSIA - SEPANG, 10-12 NOVEMBER
  20. GP Qatar - Losail, 17-19 November 
  21. GP Valencia - Ricardo Tormo, 24-26 November 

GP Malaysia 2023 pada 10-12 November, sesi ujian pada Februari! 04

Sesi ujian rasmi

  • Sepang 'Shakedown', 5-7 Februari
  • Sepang, 10-12 Februari
  • Portimao, 11-12 Mac
  • Jerez, 1 Mei
  • Misano, 11 September

Sumber imej: FB Sepang Circuit

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda