window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GWM pamer 15 model elektrifikasi baharu - dari sebesar trak pikap 6x6 PHEV, hinggalah model comel Ora!

Haris · May 4, 2023 04:00 PM

GWM pamer 15 model elektrifikasi baharu - dari sebesar trak pikap 6x6 PHEV, hinggalah model comel Ora! 01

Industri automotif China merupakan kuasa baru di kalangan pengeluar kereta dan ini jelas pada Pameran Industri Automotif Antarabangsa Shanghai ke-20 (Auto Shanghai 2023) yang baru berlangsung.

Dalam kesempatan itu, Great Wall Motor (GWM) tampil dengan senjata baharu merangkumi pelbagai kenderaan tenaga baharu (NEV) dari lima jenama utamanya - Haval, TANK, ORA, POER, dan WEY; menempatkan diri mereka sebagai satu pasukan besar dalam perlumbaan ke arah dominasi xEV.

GWM pamer 15 model elektrifikasi baharu - dari sebesar trak pikap 6x6 PHEV, hinggalah model comel Ora! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Auto Shanghai 2023 secara efektifnya memberikan gambaran tentang masa depan mobiliti elektrik, dengan mempamerkan segalanya yang terbaru dan terbaik dalam NEV dan teknologi inovatif yang tidak hanya terhad kepada kaedah pacuan untuk kenderaan tetapi juga penyediaan penyelesaian mobiliti lestari untuk semua.

GWM pamer 15 model elektrifikasi baharu - dari sebesar trak pikap 6x6 PHEV, hinggalah model comel Ora! 01

Haval Fierce Dragon Max.

GWM mengumpulkan lebih daripada 300 petugas media dan pengedar dari lebih daripada 60 pasaran di pelbagai rantau untuk merasai sendiri masa depan yang dikuasakan oleh portfolio NEV pintar dan teknologi mereka semasa pameran tersebut.

GWM pamer 15 model elektrifikasi baharu - dari sebesar trak pikap 6x6 PHEV, hinggalah model comel Ora! 02

WEY Gaoshan PHEV

Pengeluar kereta China telah mengadaptasi transisi pantas ke arah NEV dan elektrifikasi.

Naib Presiden dan Ketua Pasaran Antarabangsa GW, Parker Shi telah menyatakan bahawa adaptasi pantas kumpulan tersebut dan kepentingan pameran dalam mempamerkan pencapaian syarikat telah diterjemahkan dengan lebih daripada 15 model NEV.

Baca: GWM kumpul sehingga 260 pengedar di persidangan global untuk berkongsi pelan 'marketing'

GWM pamer 15 model elektrifikasi baharu - dari sebesar trak pikap 6x6 PHEV, hinggalah model comel Ora! 03

GWM TANK500

Model mercu pertama adalah dari Haval yang merupakan SUV baharu dinamakan Haval Fierce Dragon MAX membuat penampilan global pertamanya di pameran tersebut. Ia menawarkan teknologi revolusi Hi4 (Hybrid Intelligent 4WD) yang melengkapkan konsep reka bentuk yang kurang mencolok mata namun kekal futuristik.

GWM pamer 15 model elektrifikasi baharu - dari sebesar trak pikap 6x6 PHEV, hinggalah model comel Ora! 04

Model taruhan utama kedua yang hampir sama memberikan kesan dan faktor 'wow' pastinya ialah trak pikap baharu POER iaitu POER Cyberspace 6x6. Seperti namanya, ia merupakan sejenis kenderaan 6-roda yang sangat sesuai sekiranya anda menghadapi apokalips zombie namun ketika ini cukup untuk tunggangan harian dan mingguan yang bersemangat sahaja.

GWM pamer 15 model elektrifikasi baharu - dari sebesar trak pikap 6x6 PHEV, hinggalah model comel Ora! 05

Selain itu, POER-Shanhai, pikap mewah berprestasi tinggi berskala besar juga dipamerkan. Zhang Haobao, Ketua Pegawai Eksekutif GWM Pickup, mendedahkan model ini akan terdiri daripada versi HEV dan PHEV.

Pada masa akan datang, GWM Pickup akan memberi tumpuan kepada susun atur produk tenaga baru ke pasaran global, dan mewujudkan portfolio trak pikap tenaga elektrik, hibrid dan hidrogen tulen. Ia akan berusaha untuk menjadi trak pikap mewah tahap pertama.

GWM pamer 15 model elektrifikasi baharu - dari sebesar trak pikap 6x6 PHEV, hinggalah model comel Ora! 06

Jenama TANK juga tidak terkecuali dalam pameran ini. Jenama tersebut hadir mempamerkan TANK400 PHEV dan SUV off-road mewah TANK500 PHEV. Ini menandakan kemunculan dunia untuk kedua-dua model TANK tersebut.

GWM pamer 15 model elektrifikasi baharu - dari sebesar trak pikap 6x6 PHEV, hinggalah model comel Ora! 07

Sebuah lagi jenama iaitu WEY telah mengeluarkan model MPV pertama mereka, WEY Gaoshan PHEV, bersama-sama dengan SUV elektrik 6-tempat duduk, WEY Lanshan PHEV menjadi taruhan bagi mereka.

Akhir sekali, ORA menamatkan pengumuman tersebut dengan 2 kenderaan elektrik tulen - seperti biasa tampil dengan rekaan menarik.

GWM pamer 15 model elektrifikasi baharu - dari sebesar trak pikap 6x6 PHEV, hinggalah model comel Ora! 08

Selain daripada semua model baharu yang dipamerkan, GWM mempamerkan teknologi inovatif di belakang kuasa pacuan. Ini merangkumi enjin 3.0T V6 + 9HAT + platform P2, Hi4, platform TANK dan platform off-road 6x6 eksklusif yang menjadi asas kepada POER Cyberspace 6x6.

GWM pamer 15 model elektrifikasi baharu - dari sebesar trak pikap 6x6 PHEV, hinggalah model comel Ora! 09

"GWM akan bergantung pada ekosistem hijau untuk mempercepat iterasi teknologi dan peningkatan produk untuk menyediakan pengguna global dengan lebih banyak produk tenaga baharu berkualiti tinggi dan pintar yang selaras dengan falsafah NEV pintar mereka 'Lebih Hijau, Lebih Berkualiti, dan Lebih Selamat'," ujar Shi.

Baca: GWM Malaysia serah Ora Good Cat kepada MITI untuk pandu uji dan kenali EV dengan lebih dekat!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

GWM Cannon Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda