window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hafizh dapat tonik menjelang ujian WSBK, 'tapau' pusingan 3 MSF SuperMoto di Tangkak!

Khairil · Feb 15, 2022 10:00 AM

Hafizh dapat tonik menjelang ujian WSBK, 'tapau' pusingan 3 MSF SuperMoto di Tangkak! 01

Jaguh perlumbaan jentera dua roda negara, Hafizh Syahrin Abdullah membuktikan 'sengatnya' masih berbisa apabila memenangi kedua-dua perlumbaan Pusingan 3 MSF SuperMoto, mingggu lalu.

Berlangsung di Litar Tangkak, Johor, bekas pelumba MotoGP negara itu tidak bermasalah untuk menyapu bersih kememanangan dalam kelas elit All Stars turut disertai nama besar perlumbaan tempatan termasuk bekas pelumba Moto2, Azlan Shah Kamaruzaman.

Juga baca: RCB terus jalin kerjasama dengan Hafizh Syahrin, MIE Racing Honda

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hafizh dapat tonik menjelang ujian WSBK, 'tapau' pusingan 3 MSF SuperMoto di Tangkak! 01

Menggunakan jentera TM SMX 450, Hafizh melengkapkan Perlumbaan 1 dengan catatan masa 10 minit 30.702 saat (s) dan mengatasi Azlan dengan kelebihan 10.045s.

Sekalipun dicabar sengit pada perlumbaan 2, pelumba berusia 27 tahun itu menggunakan sepenuh pengalamannya untuk mengecewakan Azlan yang melakukan sedikit kesilapan di penghujung perlumbaan.

Hafizh dapat tonik menjelang ujian WSBK, 'tapau' pusingan 3 MSF SuperMoto di Tangkak! 02

Sebagai pemenang, Hafizh melepasi perlumbaan sebanyak 15 pusingan itu dengan catatan 10:28.793s dengan Azlan ketinggalan 5.227s.

Kemenangan di Tangkak itu sekaligus menjadi persiapan terbaik menjelang Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2022 dengan Hafizh dijadualkan untuk menguji jenteranya Honda CBR1000RR-R pada bulan hadapan.

Juga baca: Sah, Hafizh Syahrin ubah angin ke WSBK 2022, sertai MIE Racing Honda!

Hafizh dapat tonik menjelang ujian WSBK, 'tapau' pusingan 3 MSF SuperMoto di Tangkak! 03

Untuk musim 2022, Hafizh yang berlumba bersama pasukan MIE Racing Honda Team dan bersaing dengan beberapa nama besar dalam saingan berkenaan termasuklah juara dunia dari Yamaha, Toprak Razgatlıoglu dan legenda Kawasaki, Johathan Rea.

Memetik laporan BHarian, Hafizh ketika ini menggunakan tempoh waktu rehatnya dengan menyertai latihan dan perlumbaan tempatan sebagai persediaan ke WSBK.

Hafizh dapat tonik menjelang ujian WSBK, 'tapau' pusingan 3 MSF SuperMoto di Tangkak! 04

"Dengan menyertai MSF, sedikit sebanyak ia membantu untuk saya berlatih. Ada yang boleh saya ambil (pengalaman daripada MSF Supermoto) dan campurkan (corak tunggangan) apabila berlatih dan berlumba (menggunakan jentera berbeza).

"Ini boleh membantu saya apabila berada dalam perlumbaan nanti, selain membantu saya untuk menjadi lebih baik dan terus meningkat," kata Hafizh yang sedang menunggu kelahiran anak sulungnya ketika ini.

Juga baca: Legasi bakal berakhir? Hafizh Syahrin beri bayangan 'pilu' undur diri!

Hafizh dapat tonik menjelang ujian WSBK, 'tapau' pusingan 3 MSF SuperMoto di Tangkak! 05

Sebagai info, perlumbaan WSBK dijadual membuka tirai musim 2022 di Litar Aragon, Sepanyol dari 8 hingga 10 April ini.

Juga baca: Tiada GP Malaysia 2021, apa 'respon' Hafizh Syahrin?

Sumber imej: FB MSF

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda