window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga Perodua Kelisa terpakai atas RM 10k, dah lepas tempoh 20 tahun masih mahal!

Haris · Sep 22, 2022 11:59 AM

Harga Perodua Kelisa terpakai atas RM 10k, dah lepas tempoh 20 tahun masih mahal! 01

Percaya atau tidak, selepas melayari arus Covid-19, harga bagi Perodua Kelisa nampaknya kekal atas RM 10k dan tidak kurang dari itu. Kesemuanya berikutan daripada permintaan yang sangat tinggi ketika hatchback kecil itu melepasi 20 tahun dalam pasaran.

Pada harga di atas tersebut dengan umur kenderaan, ramai peminat yang melihatnya masih berbaloi untuk dimiliki. Hal ini kerana ketersediaan alat ganti dan kit badan ubah suai menjadi antara punca Perodua Kelisa masih dicari di Malaysia.

Harga Perodua Kelisa terpakai atas RM 10k, dah lepas tempoh 20 tahun masih mahal! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara kit badan terkenal seperti model Daihatsu Mira Gino yang menjadikannya mirip Mini Cooper boleh didapati pada harga sekitar RM 400. Hal ini menjadikan Perodua Kelisa sebagai sebuah kereta tempatan dengan ketahanan kejuruteraan Jepun dan rekaan berinspirasikan Itali. Menyebutnya sahaja sudah terasa global!

Baca: Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali!

Harga Perodua Kelisa terpakai atas RM 10k, dah lepas tempoh 20 tahun masih mahal! 01

Beberapa pemilik Kelisa mengubahsuai kereta mereka menjadi Gino generasi-kedua

Kesemua faktor ini menjadikan Perodua Kelisa dilihat sebagai hobi dan peminat membelanjakan wang yang mahal bagi kepuasan masing-masing.

Bagi mereka yang lebih berkemampuan, Perodua Kelisa yang paling terkini dengan keadaan badan yang cemerlang boleh didapati pada harga mencecah RM 41k.

Baca: Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan!

Harga Perodua Kelisa terpakai atas RM 10k, dah lepas tempoh 20 tahun masih mahal! 02

'Spek kosong'

Pandemik juga nampaknya tidak mengganggu minat pembeli terhadap Perodua Kelisa.

Beberapa pemilik turut mendakwa bahawa kepuasan memiliki Perodua Kelisa antaranya termasuk ketahanan yang baik kerana ia tidak pernah mengecewakan. Pengalaman pemilikan juga rata-ratanya positif bagi Perodua Kelisa ini.

Dalam pada itu, kebanyakan model seusia dan sebaris dengan hatchback ini seperti Perodua Kancil misalnya, masih boleh ditemui pada harga bawah RM 10k. Adakah kita sedang melihat sebuah lagenda nilai jualan semula (resale value) yang sedang menempa nama? 

Baca: Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda