window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CBR150R 2021 lancar di Thailand, dua varian, harga bermula RM 11.6k!

Khairil · Sep 22, 2021 06:00 PM

Honda CBR150R 2021 lancar di Thailand, dua varian, harga bermula RM 11.6k! 01

Selepas 'mendarat' di pasaran Malaysia awal bulan ini, model 'Sportbike' aras mula popular Honda, CBR150R 2021 yang memperoleh pelbagai kemaskini termasuk dari sudut reka bentuk akhirnya dilancarkan di pasaran Thailand.

Dua varian dilancarkan oleh Honda Motor Thailand bagi memenuhi kehendak pengguna di negara berkenaan iaitu Honda CBR150R Standard 2021 dan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Honda CBR150R ABS 2021.

Juga baca: Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda CBR150R 2021 lancar di Thailand, dua varian, harga bermula RM 11.6k! 01

Pilihan harga adalah seperti berikut: 

  • Honda CBR150R Standard 2021 - 92,900 baht (RM 11,647)
  • Honda CBR150R ABS 2021 - 99,900 baht (RM 12,525)

Honda CBR150R 2021 lancar di Thailand, dua varian, harga bermula RM 11.6k! 02

Sebagai model generasi terbaharu, Honda CBR150R 2021 yang dilengkapi pelbagai ciri canggih dan premium seperti klac Assist Slipper dan penggunaan fork jenis terbalik (USD) bagi tunggangan lebih meyakinkan.

Juga baca: Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297!

Honda CBR150R 2021 lancar di Thailand, dua varian, harga bermula RM 11.6k! 03

Honda CBR150R 2021 lancar di Thailand, dua varian, harga bermula RM 11.6k! 04

Begitupun, ciri keselamatan tambahan iaitu ABS tidak didatangkan secara standard dan boleh dipilih kepada sesiapa yang bersedia untuk mengeluarkan belanja lebih.

Honda CBR150R 2021 lancar di Thailand, dua varian, harga bermula RM 11.6k! 05

Dari sudut reka bantuk, Honda CBR150R 2021 jelas mengambil inspirasi daripada model terbaharu lebih berkuasa jenama berkenaan iaitu CBR250RR 2021 yang tampil dengan rekaan lampu depan berkembar LED yang lebih futuristik.

Honda CBR150R 2021 lancar di Thailand, dua varian, harga bermula RM 11.6k! 06

Menurut Naib Presiden Eksekutif Thai Honda Manufacturing Co., Ltd, Takanori Maruyama, CBR150R 2021 dicipta hasil daripada teknologi yang diambil daripada litar lumba jenama berkenaan.

Juga baca: Honda CBR250RR 2020 dilancar di Malaysia, dua warna menarik, harga RM 25,9k

Honda CBR150R 2021 lancar di Thailand, dua varian, harga bermula RM 11.6k! 07

Dari sudut trenkuasa, Honda CBR150R 2021 menggunakan enjin bersesaran 150 cc, DOHC, 4 Injap, Penyejuk Cecair yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan lengkap dengan klac Assist Slipper.

Honda CBR150R 2021 lancar di Thailand, dua varian, harga bermula RM 11.6k! 08

Sistem suspensi menggunakan jenama Showa dengan sistem henti menggunakan brek cakera tunggal depan dan belakang. Turut melengkapi model ini adalah panel meter digital LCD dan sistem lampu kecemasan ESS.

Honda CBR150R 2021 lancar di Thailand, dua varian, harga bermula RM 11.6k! 09

Empat pilihan warna ditawarkan bagi versi standard iaitu:

  • Tri-color Red, Mat-Gunpowder Black-Red, Millennium Red, Mat-Axis Gray Metallic

Dua pilihan warna versi ABS adalah seperti berikut:

  • Tri-color Red, Mat-Gunpowder Black-Red 

Honda CBR150R 2021 lancar di Thailand, dua varian, harga bermula RM 11.6k! 10

Di Malaysia, Honda CBR150R 2021 dijual pada harga asas RM 12,499 dan sambutan yang diperoleh ketika ini dikatakan cukup menggalakkan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda