window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Vario 160 2022 dah sampai Vietnam, unit import dan terhad, harga RM 14k!

Khairil ยท Mar 9, 2022 08:00 PM

Honda Vario 160 2022 dah sampai Vietnam, unit import dan terhad, harga RM 14k! 01

Tak mengambil masa lama selepas pelancaran secara 'World Premiere' di Indonesia, generasi terbaharu skuter Honda Vario iaitu Honda Vario 160 2022, baru-baru ini tiba ke pasaran Vietnam.

Memetik laporan media automotif terkenal negara itu, MotoSaigon, sejumlah 160 unit Honda Vario 160 2022 didatangkan daripada Indonesia secara import. Ia juga datang dengan dua varian iaitu CBS dan ABS.

Juga baca: Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Vario 160 2022 dah sampai Vietnam, unit import dan terhad, harga RM 14k! 01

Daripada 160 unit yang dibawa masuk oleh Minh Long Motor itu, 120 unit sudah pun habis dijual tetapi masih dalam proses pendaftaran dan dokumentasi.

Tetapi berdasarkan sambutan hangat berkenaan, semuanya unit yang dibawa masuk berkemungkinan besar sudah pun 'licin' ketika artikel ini ditulis. Sebagai info, Honda Vario 160 2022 dilancarkan di Indonesia pada 2 Februari lalu.

Honda Vario 160 2022 dah sampai Vietnam, unit import dan terhad, harga RM 14k! 02

Sumber imej: MotoSaigon

Tiada tanda harga rasmi dinyatakan tetapi menurut laporan media Indonesia, harganya juga lebih mahal berbanding di negara berkenaa iaitu sekitar 79.2 juta dong (RM 14,543).

Sebagai model generasi terbaharu, Honda Vario 160 2022 mengalami pelbagai perubahan dan naik taraf termasuk dari sudut trenkuasa yang lebih bertenaga selain rekaan panel badan serba baharu yang lebih 'hensem', garang dan sporty.

Juga baca: Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran

Honda Vario 160 2022 dah sampai Vietnam, unit import dan terhad, harga RM 14k! 03

Sumber imej: MotoSaigon

Seperti namanya, Honda Vario 160 menggunakan enjin 160 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, teknologi eSP+, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang juga trenkuasa sama seperti Honda PCX 160.
 
Kuasa yang dihasilkan adalah 15.3 PS pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm pada 7,000 rpm.

Honda Vario 160 2022 dah sampai Vietnam, unit import dan terhad, harga RM 14k! 04

Sumber imej: MotoSaigon

Peningkatan lain adalah seperti sistem brek yang menggunakan cakera depan dan belakang untuk varian ABS dan lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), sistem lampu LED penuh, Honda Smart Key System dengkap dengan alarm dan answer back system, soket pengecas USB type A.

Panel meter juga menggunakan digital yang memaparkan informasi yang lengkap seperti kelajuan, jarak perjalanan, jumlah bahan bakar dan lain-lain.

Honda Vario 160 2022 dah sampai Vietnam, unit import dan terhad, harga RM 14k! 05

Sumber imej: MotoSaigon

Tidak diketahui bila Honda Vario 160 2022 bakal tiba ke pasaran Malaysia tetapi berdasarkan popularitinya, penantiannya dijangka tak begitu lama.

Juga baca: Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8.8k

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda