window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Imej rasmi KTM RC 390 2022 'bocor', pelancaran makin hampir!

Khairil ยท Aug 3, 2021 07:00 PM

Imej rasmi KTM RC 390 2022 'bocor', pelancaran makin hampir! 01

Selepas beberapa bulan imej intipnya ketika ditunggang uji tular, gambar 'produk akhir' motosikal 'Sportbike' terbaharu KTM, KTM RC 390 2022 akhirnya tertiris di laman web.

Berbanding imej intip yang dipenuhi dengan pelekat penyamaran, gambar terbaharu berkenaan mendedahkan lebih banyak perincian termasuk reka bentuk, spesifikasi teknikal dan sebagainya.

Juga baca: KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Imej rasmi KTM RC 390 2022 'bocor', pelancaran makin hampir! 01

Sebagai permulaan, ia memberi petunjuk bahawa sistem suspensi KTM RC 390 2022 ini berkemungkinan mengalami perubahan besar dan menggunakan sistem sama seperti jentera Adventure jenama berkenaan KTM 390 Adventure di pasaran Eropah.

Imej rasmi KTM RC 390 2022 'bocor', pelancaran makin hampir! 02

Ia bermaksud fork bahagian depan berkemungkinan boleh dilaras di kedua-dua belah fork dengan suspensi belakang juga tampil dengan ciri 'preload' boleh laras serta 'rebound damping'.

Juga baca: Dijual 500 unit seluruh dunia, 180 Hp, inilah KTM 1290 Super Duke RR 2021!

Selain itu, unit kluster meter juga menggunakan meter TFT berwarna. Ini bermakna ia berkemungkinan akan datang dengan sambungan Bluetooth selain sistem navigasi dan panggilan telefon dan penyambungan media.

Imej rasmi KTM RC 390 2022 'bocor', pelancaran makin hampir! 03

Dari sudut reka bentuk, tidak banyak berubah berbanding imej model intip. Ia tidak lagi menggunakan dua lampu hadapan seperti model sebelum ini namun tiba dengan unit tunggal seperti gaya 'Sportbike' tulen.

Imej rasmi KTM RC 390 2022 'bocor', pelancaran makin hampir! 04

Imej intip RC 390 beberapa bulan lalu.

Kedudukan lampu signal juga disepadukan bersama lampu siang DRL dengan bahagian fairing depan tampak juga tampak seperti mendapat sentuhan gentian karbon dan pelindung angin tampak lebih besar berbanding model terdahulu.

Juga baca: KTM 1290 Super Adventure S 2021. Jentera 'Adventure' garang, canggih, berkuasa!

KTM juga mengubah sudut ergonomik RC 390 dengan ia dikatakan tidak lagi bercirikan jentera di litar terutama dengan posisi pelana yang lebih landai.

Imej rasmi KTM RC 390 2022 'bocor', pelancaran makin hampir! 05

Tiada perubahan dari sudut trenkuasa dijangkakan dengan penutup enjin tampak mirip dengan model sedia ada. Ia masih menggunakan enjin 373 cc, 1 Silinder namun sistem sejukan dan ekzos dikemaskini.

Imej rasmi KTM RC 390 2022 'bocor', pelancaran makin hampir! 06

KTM RC 390 2020 yang turut dijual di Malaysia

Selain itu, KTM RC 390 2022 ini turut mempunyai ciri-ciri 'bi-directional quickshifter'. Secara keseluruhan, gaya KTM RC 390 2022 ini pastinya dapat mengimbau kembali kenangan kepada jentera legenda KTM, RC8.

Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancarkan di Malaysia - 26 hp, 6 gear, harga runcit RM 12,888!

Imej rasmi KTM RC 390 2022 'bocor', pelancaran makin hampir! 07

Untuk persoalan sama ada RC 390 2022 ini akan datang ke pasaran Malaysia? Kemungkinannya cukup besar dengan KTM Malaysia sememangnya aktif melancarkan pelbagai model. Terbaharu, KTM 1290 Super Adventure S 2021.

Sumber: Autocar

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda