window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Intipan: Haval Jolion diuji di Thailand, GWM tak duduk diam lepas Haval H6 dilancarkan!

Zamil Syaheer · Jun 18, 2021 06:00 PM

Intipan: Haval Jolion diuji di Thailand, GWM tak duduk diam lepas Haval H6 dilancarkan! 01

Tugasan Haval di Thailand baru sahaja bermula dengan produksi Haval H6 yang amat dinanti-nantikan di kilang mereka yang terletak di Rayong. Namun begitu, imej intipan baru-baru ini menunjukkan bahawa mungkin ada model lain yang akan berganding baju menawan pasaran Thailand selain H6.

Intipan: Haval Jolion diuji di Thailand, GWM tak duduk diam lepas Haval H6 dilancarkan! 02

Spesifikasi Afrika Selatan - kena tukar nama Jolion.

Disebalik penyamaran itu adalah Haval Jolion, atau dikenali sebagai Haval Jolion di beberapa pasaran lain. Kami menyimpulkannya berdasarkan reka bentuk lampu belakang yang kelihatan serupa dengan Jolion.

Juga baca: INTIPAN - Haval Jolion kini di Malaysia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Intipan: Haval Jolion diuji di Thailand, GWM tak duduk diam lepas Haval H6 dilancarkan! 01

Selain dari imej di bahagian belakang, kita dapat melihat sekilas bahagian interior, tetapi kami hanya nampak skrin infotainment terapung. Adakah ia bakal dilengkapi dengan Android Auto/Apple CarPlay seperti model spesifikasi Australia?

Intipan: Haval Jolion diuji di Thailand, GWM tak duduk diam lepas Haval H6 dilancarkan! 02

Walaupun Jolion kelihatan serupa dengan H6 yang menyaingi X70, Jolion 136 mm lebih pendek. Ia dibina di platform L.E.M.O.N yang sama dengan H6 dan Ora Good Cat.

Haval Jolion vs Haval H6
Dimensi (mm) Haval Jolion Haval H6
Panjang 4,472 4,610
Lebar 1,814 1,860
Tinggi 1,619 1,720
Jarak Roda 2,700 2,690

Kuasa datang dari enjin 1.5 liter petrol bercas turbo (152 PS/220 Nm) yang menghantar kuasa ke roda depan melalui transmisi manual 6-kelajuan atau DCT 7-kelajuan.

Intipan: Haval Jolion diuji di Thailand, GWM tak duduk diam lepas Haval H6 dilancarkan! 03

Adakah Jolion bakal menjadi model Haval seterusnya?

Ketika syarikat induk Haval, Great Wall Motors (GWM) mengumumkan kedatangannya di Thailand pada bulan Februari, syarikat itu melancarkan beberapa model termasuk Ora Good Cat, Haval H6, dan GWM Pao.

Juga baca: Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru!

Intipan: Haval Jolion diuji di Thailand, GWM tak duduk diam lepas Haval H6 dilancarkan! 04

Kilang Rayong yang luas, di mana Haval H6 dan GWM Pao akan dibina

Dari situ, anda boleh lihat yang GWM mempunyai azam dan cita-cita yang tinggi untuk berjaya di rantau Asia. Mengambil alih bekas kilang GM adalah langkah pertama mereka, dan kemudian ada rancangan untuk menjadikan Thailand menjadi hab ASEAN GWM.

Haval H6 Hibrid membuat debut global di Bangkok International Motor Show pada bulan Mac dan akan dilancarkan tidak lama lagi di sana.

Juga baca: Haval H6 Hybrid dirasmikan di Pameran Motor Bangkok 2021, lebih awal dari pelancaran Proton X70 di Thailand

Intipan: Haval Jolion diuji di Thailand, GWM tak duduk diam lepas Haval H6 dilancarkan! 05

Di Malaysia pula, wakil tempatan GWM agak senyap sehinggalah beberapa bulan yang lalu ketika kami membuat liputan eksklusif beberapa model dari barisannya di tanah Malaysia. Antara model yang dipaparkan termasuk Ora Good Cat, Haval H6, GWM Pao, dan Jolion.

Juga baca: Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu!

Intipan: Haval Jolion diuji di Thailand, GWM tak duduk diam lepas Haval H6 dilancarkan! 06

Walau bagaimanapun, hanya masa yang akan menentukan sama ada model ini akan dilancarkan di sini. Dengan PKP 3.0, mungkin permulaan semula tempatan syarikat China akan ditangguhkan buat sementara waktu.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Haval Jolion Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda