window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu mengekalkan takhta sebagai jenama trak No.1 di Malaysia pada tahun 2023; masih lagi juara selama 10 tahun berturut-turut!

Zamil Syaheer · Feb 7, 2024 02:00 PM

Isuzu mengekalkan takhta sebagai jenama trak No.1 di Malaysia pada tahun 2023; masih lagi juara selama 10 tahun berturut-turut! 01

Isuzu Malaysia telah mencatatkan tahun yang luar biasa dengan penjualan trak tertinggi di negara ini untuk tahun 2023. Kejayaan tersebut memberikan Isuzu tempat teratas untuk jenama trak secara keseluruhan untuk tahun ke-10 berturut-turut dan jenama trak ringan untuk tahun ke-14 berturut-turut di Malaysia.

Penerusan kedudukan terkemuka pasaran Isuzu diperkukuhkan dengan jualan gabungan sebanyak 7,209 unit, termasuk trak ringan, sederhana, dan berat bagi tahun lepas. Ini mewakili 44.9 peratus daripada jumlah jualan segmen trak secara keseluruhan di Malaysia. Sementara itu, segmen trak ringan Isuzu mencatatkan jualan sebanyak 6,864 unit, sekaligus menjadi jualan trak ringan tertinggi di Malaysia.

Isuzu mengekalkan takhta sebagai jenama trak No.1 di Malaysia pada tahun 2023; masih lagi juara selama 10 tahun berturut-turut! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, “Kami sangat berbangga kerana telah mencapai kejayaan luar biasa ini dan sekali lagi menjadi jenama trak paling laris di Malaysia. Pencapaian lebih dari satu dekad ini pastinya melebihi jangkaan kami,”

"Pada masa yang sama, kami sangat gembira untuk mengakui bahawa kesinambungan kedudukan kami menunjukkan komitmen Isuzu Malaysia dalam menawarkan rangkaian trak yang paling luas dan terkemuka kepada pelanggan kami sepanjang landskap industri yang berubah-ubah," tambahnya.

Isuzu mengekalkan takhta sebagai jenama trak No.1 di Malaysia pada tahun 2023; masih lagi juara selama 10 tahun berturut-turut! 01

Isuzu mencatatkan pertumbuhan sebanyak 2.7 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pencapaian ini menandakan kemajuan berterusan bagi Isuzu Malaysia dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam industri kenderaan komersial negara.

Selain daripada itu, prestasi jualan Isuzu dalam segmen trak ringan juga memberikan peningkatan jualan gabungan positif sebanyak 11 peratus dalam segmen trak sederhana, berat, dan prime mover pada tahun 2023.

Bahkan juga, Isuzu Malaysia berjaya melakukan pelaksanaan inisiatif korporat yang mengawasi peningkatan dan penambahbaikan beberapa pusat penjualan di Ipoh, Kuching, Kluang, Temerloh, dan Seremban sepanjang tahun lalu. Rangkaian pusat penjualan Isuzu kini terdiri daripada 59 pusat, dengan lebih banyak yang dirancang pada tahun 2024.

Selaras dengan pelaksanaan peraturan Kerajaan mengenai standard pelepasan emisi, Isuzu Malaysia juga akan memperkenalkan model trak Euro 4 baru pada tahun ini.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda