window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jenama EV milik GAC, Aion tapau jualan Tesla di China buat kali pertama, momentum kekal meningkat

Faisal ยท May 20, 2023 04:00 PM

Jenama EV milik GAC, Aion tapau jualan Tesla di China buat kali pertama, momentum kekal meningkat 01

Posisi Tesla di China nampaknya telah tergugat dengan pelbagai jenama automotif dari China. Sebagai contoh, jualan jenama EV milik GAC, Aion untuk April lepas telah mencantas Tesla iaitu buat kali pertamanya dalam sejarah mereka.

Menurut data jualan yang dikumpul oleh China Passenger Car Association (CPCA), April lalu mencatatkan jualan sebanyak 1.63 juta kenderaan dan dalam jumlah itu, 527,000 unit daripadanya adalah dari kategori New Energy Vehicles (NEV). Untuk makluman anda, NEV adalah istilah yang digunakan di China untuk kenderaan jenis battery electric vehicle (BEV), plug-in hybrid vehicle (PHEV), range extender vehicle (REV) dan fuel cell vehicle (FCEV).

Mengenai Aion mengatasi jualan Tesla, jualan yang direkodkan adalah sebanyak 41,012 unit, sekaligus menunjukkan peningkatan tahun-ke-tahun sehingga 402%. Dari Januari ke April pula, jualan keseluruhan Aion telahpun mencecah 121,320 unit, sekaligus menunjukkan peningkatkan tahun-ke-tahun sebanyak 120%.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara sebab Aion boleh mencapai jualan sebanyak itu dan mengekalkan trend yang positif adalah pengenalan model seperti Aion S Plus dan Aion Y.

Juga bacaEV China dikhuatiri 'kacau' untung pengeluar kereta Eropah sehingga 7 bilion Euro menjelang 2030

Jenama EV milik GAC, Aion tapau jualan Tesla di China buat kali pertama, momentum kekal meningkat 01

Aion Hyper GT yang bakal dilancarkan ini akan menjadi model mercu buat jenama EV ini.

Untuk makluman anda, Aion S Plus adalah pesaing kepada Tesla Model S dan harganya jauh lebih murah. Aion Y pula sebuah crossover yang bersaiz lebih kurang BYD Atto 3.

Kalau anda nak tahu, Tesla pada April lepas hanya menjual sebanyak 39,956 unit. Antara Januari hingga April, Tesla telah menjual sebanyak 177,385 unit kenderaan. Antara sebab jualan Tesla menurun adalah mereka mengutamakan produksi untuk pasaran eksport berbanding domestik. Maksud kami di sini adalah kilang Giga Shanghai Tesla di China misalnya menghasilkan kereta Tesla untuk kebanyakan model pandu belah kanan (RHD) untuk dipasarkan ke seluruh dunia.

Juga bacaJualan EV BYD untuk 2022 hampir potong Tesla, yakin boleh 'tapau' kalau rentak dikekalkan

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Tesla Model S AWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia