window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JPJ peroleh aset terbaharu, KTM 790 Adventure perkasa penguatkuasaan?

Khairil ยท Dec 7, 2021 11:00 AM

JPJ peroleh aset terbaharu, KTM 790 Adventure perkasa penguatkuasaan? 01

Sebagai antara penguatkuasa penting di atas jalan raya, mustahak untuk Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk memiliki aset yang berkuasa dan tular baru-baru ini mengenai imej kehadiran KTM 790 Adventure dengan seragam jabatan berkenaan.

Imej berkenaan diperoleh daripada laman Facebook Bikerz Garaj yang menunjukkan dua jentera berkenaan diparkir di depan ibu pejabat jabatan itu di Putrajaya. 

Juga baca: KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

JPJ peroleh aset terbaharu, KTM 790 Adventure perkasa penguatkuasaan? 01

Menariknya, salah satu motosikal berkenaan lengkap dengan seragam JPJ berwarna putih berserta logo lengkap dengan 'box', rak 'pannier' dan lampu 'strobe'.

Turut dilihat beberapa pegawai jabatan berkenaan menaiki motosikal berkenaan dengan logo NKS Motorsport yang juga salah satu pengedar utama model berkenaan turut kelihatan.

JPJ peroleh aset terbaharu, KTM 790 Adventure perkasa penguatkuasaan? 02

Sebagai info, KTM 790 Adventure dilancarkan di pasaran Malaysia pada 2019 lalu. Ia adalah model berkuasa menggunakan enjin 799 cc LC8, Parallel Twin, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan.

Kuasa yang dihasilkan adalah 94 Hp dan tork 88 Nm dengan KTM mendakwa model ini mempunyai agihan berat yang lebih baik dan lebih stabil serta menawarkan rasa sporty kepada penunggang.

Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancarkan di Malaysia - 26 hp, 6 gear, harga runcit RM 12,888!

JPJ peroleh aset terbaharu, KTM 790 Adventure perkasa penguatkuasaan? 03

Sebagai penawaran yang canggih daripada KTM, KTM 790 Adventure menggunakan teknologi ride-by-wire, Kawalan Traksi Motosikal(MTC), ABS Selekoh, ABS Off-Road dan Mod Tunggangan Off-Road.

Selain itu, KTM 790 Adventure turut dilengkapi panel meter TFT warna penuh yang mempunyai sambungan telefon pintar menerusi aplikasi KTM MY RIDE.

Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif

JPJ peroleh aset terbaharu, KTM 790 Adventure perkasa penguatkuasaan? 04

Sistem suspensi juga mantap menerusi penggunaan fork jenis terbalik (USD) jenama WP 43 mm (depan) dan penyerap hentak WP (belakang).

Informasi lain adalah ia mempunyai ketinggian pelana 850 mm, rim depan bersaiz 21 inci dan rim belakang 18 inci, berat 189 kg bersama kapasiti bahan api 20 litar yang didakwa boleh ditunggang sejauh 450 km serta visor pengadang angin boleh laras.

JPJ peroleh aset terbaharu, KTM 790 Adventure perkasa penguatkuasaan? 05

Ketika dilancarkan, harga yang ditawarkan untuk KTM 790 Adventure ialah RM 78.8 k (asas). Dan oleh itu, kepada pengguna jalan raya di Malaysia, sila fikir dua kali untuk lari jika melakukan kesalahan.

Juga baca: Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’!

Sumber imej: FB Bikerz Garaj

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda