window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JPJ pertimbang beri ganjaran jika lapor kesalahan trafik menerusi 'app' e-ADUAN

Mersita · Jul 11, 2022 01:00 PM

JPJ pertimbang beri ganjaran jika lapor kesalahan trafik menerusi 'app' e-ADUAN 01

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mungkin akan memperkenalkan sistem ganjaran kepada individu yang melaporkan kesalahan trafik menerusi aplikasi pintar e-ADUAN@JPJ sebagai tanda penghargaan kerana menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Pengurusan) M. Janagarajan berkata jabatan itu sedang mempertimbangkan cadangan berkenaan dan perkara ini telahpun dibincangkan di tahap jabatan. Ganjaran tersebut adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya menjadi ‘mata-mata’ JPJ dalam mengesan pelaku kesalahan jalan raya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: (Video) Polis ‘kutip’ pemilik Perodua Axia langgar lari basikal, kereta disita

Sebagai info, aplikasi e-ADUAN@JPJ telah dilancarkan pada April 2022 dan ia membolehkan sesiapa saja berkongsi maklumat dalam bentuk video dan gambar berkaitan kesalahan jalan raya. Aplikasi itu juga akan mengesan dan merekodkan lokasi serta masa kesalahan itu berlaku. Maklumat yang lengkap adalah penting bagi memudahkan siasatan, kata M. Janagarajan kepada pemberita di sidang media Operasi Khas Hari Raya Aidiladha di hentian bas Terminal 1, Seremban pada Jumaat lalu.

Setakat ini, bentuk ganjaran yang akan diberikan kepada pengadu di aplikasi berkenaan belum dimuktamadkan. Inisiatif ini diharap dapat membantu pihak berkuasa dalam mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Juga baca: Jenama dashcam terkenal, 70mai kini mencari pemandu malang dalam kes 'scammer' langgar lari!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda