window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan global MINI pada 2021 cecah 302,144 unit, MINI Electric paling laku!

Mersita ยท Feb 9, 2022 09:00 AM

Jualan global MINI pada 2021 cecah 302,144 unit, MINI Electric paling laku! 01

  • Jualan MINI di seluruh dunia sepanjang tahun 2021 mencecah 302,144 unit, naik 3.3 peratus
  • MINI Electric ialah varian paling laris
  • Britain jadi pasaran terbesar bagi MINI, diikuti oleh Jerman, China, AS.

Nampak gayanya MINI mungkin akan jadi jenama khusus elektrik lebih awal dari jangkaan. Jumlah jualan di peringkat global bagi model-model EV MINI, buat masa ini diwakili hanya oleh MINI Electric (atau nama panjangnya, MINI Cooper SE 3-Door), naik hampir sekali ganda pada tahun lalu: dari 17,580 unit pada tahun 2020 kepada 34,851 unit pada 2021.

Jualan global MINI pada 2021 cecah 302,144 unit, MINI Electric paling laku! 02

Antara bulan Januari sehingga Disember 2021, MINI berjaya menjual 302,144 buah kereta di peringkat global – naik 3.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jualan global MINI pada 2021 cecah 302,144 unit, MINI Electric paling laku! 01

MINI 3-door ialah model paling popular dari jenama itu, dimana 105,511 unit berjaya terjual (kenaikan 10.1 peratus). Dari jumlah ini, 33 peratus daripadanya disumbangkan oleh MINI Electric dan lantas membuatkannya varian paling laris dalam barisan MINI.

Kebanyakan pembeli MINI Electric datang dari Jerman, dimana lebih daripada 10,000 unit terjual di negara itu pada tahun lalu – merangkumi kira-kira satu pertiga daripada jumlah jualan keseluruhan MINI di seluruh dunia.

Jualan global MINI pada 2021 cecah 302,144 unit, MINI Electric paling laku! 02

MINI Countryman pula ialah model kedua paling laris bagi jenama itu di seluruh dunia dimana 82,362 unit terjual pada 2021, kenaikan 6.0 peratus daripada tahun sebelumnya.

Jualan global MINI pada 2021 cecah 302,144 unit, MINI Electric paling laku! 03

Menjelang awal 2030-an, MINI akan menjadi syarikat khusus untuk model elektrik. Jenama itu akan melancarkan model terakhir dengan enjin pembakaran pada 2025. Di beberapa negara seperti Iceland, MINI Electric sudahpun menyumbang 62 peratus dari segi jualan.

Jualan global MINI pada 2021 cecah 302,144 unit, MINI Electric paling laku! 04

Di Malaysia, MINI Electric dijual pada harga bermula dari RM 178,240, selepas ditolak potongan cukai bagi kenderaan elektrik.

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 MINI 3 Door Electric

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia