window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW Malaysia puji kerajaan atas pengecualian cukai 0% untuk kenderaan EV bateri

Haris · Nov 1, 2021 02:00 PM

BMW Malaysia puji kerajaan atas pengecualian cukai 0% untuk kenderaan EV bateri 01

Berikutan pengumuman Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di dalam Bajet 2022 mengenai pengecualian cukai import, eksais, dan cukai jalan ke atas kenderaan elektrik bateri (BEV), Pengarah Urusan BMW Malaysia, Hans de Visser telah mengeluarkan kenyataan berikut kepada media:

Pengumuman yang dibuat pada Bajet 2022 menandakan satu langkah yang dialu-alukan ke arah mobiliti elektrik – satu langkah yang telah lama dibuat untuk Malaysia. Langkah kerajaan untuk terus memberi insentif dan menyokong pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) di Malaysia selari dengan visi kami untuk mobiliti elektrik di dalam BMW Group.

Kami sentiasa percaya bahawa masa depan adalah elektrik, dan kami telah berada di barisan hadapan mobiliti elektrik di Malaysia sejak tahun 2015, apabila kami memperkenalkan model BMW i. Ia adalah langkah yang berani ketika itu, dan ia adalah langkah yang lebih berani sekarang kerana kami terus membentuk masa depan mobiliti dengan strategi kami untuk elektrifikasi yang diharapkan akan mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW Malaysia puji kerajaan atas pengecualian cukai 0% untuk kenderaan EV bateri 01

Sebagai pengeluar utama kenderaan elektrik premium di negara ini, BMW telah menyerahkan lebih 21,000 unit kenderaan elektrifikasi (termasuk hibrid plug-in) BMW dan MINI kepada rakyat Malaysia setakat ini.

Kami kekal komited untuk memacu inisiatif untuk inovasi, kesedaran tentang teknologi baharu dan bersih, serta membangunkan lebih banyak infrastruktur untuk kenderaan elektrik premium di Malaysia. Seperti sebelum ini, kami telah melancarkan inovasi secara konsisten dan memulakan kerjasama dengan pihak berkepentingan untuk memastikan ekosistem yang berfungsi untuk industri elektro-mobiliti berkembang pesat.

BMW Group Malaysia telah memacu anjakan ke arah elektrifikasi dengan portfolio kenderaan elektrik sepenuhnya yang semakin berkembang di sini, kami juga berharap untuk terus berbuat demikian dengan armada kenderaan BMW i generasi akan datang.

BMW Malaysia puji kerajaan atas pengecualian cukai 0% untuk kenderaan EV bateri 02

Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan peruntukan baru yang diumumkan dalam Bajet 2022 di mana visi mobiliti elektrik ini akan sama-sama dipacu ke hadapan. Kami meraikan bersama Malaysia atas pengumuman pengecualian cukai penuh ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan untuk kenderaan elektrik – yang bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan tetapi menggalakkan pembangunan selanjutnya dari segi infrastruktur dan ekosistem EV untuk memacu Komuniti dan Bandar Pintar, Rendah Karbon dalam negara.

Baca: Bajet 2022 – kereta EV: 0% cukai import, eksais & road tax, RM 2.5k rebat untuk cukai pendapatan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 BMW i3s

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia