window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MINIfest 2023 akan kembali di Malaysia, raikan 'Big Love' untuk peminat kereta comel ini

Mersita · Jul 8, 2023 10:00 AM

MINIfest 2023 akan kembali di Malaysia, raikan 'Big Love' untuk peminat kereta comel ini 01

MINI, jenama automotif premium kompak tercanggih di Malaysia akan menganjurkan sebuah festival bertema MINI dengan menyajikan pelbagai aktiviti dan hiburan, di samping memperagakan barisan kenderaan MINI yang bersejarah - membolehkan warga peminat MINI/MINIacs mengukir kenangan baharu berlandaskan cinta mereka ke atas jenama ini.

Para pengunjung dapat mengamati sebuah pengalaman yang diraikan dengan semangat ‘Big Love’ dan ‘Big Fun’, dengan kepulangan MINIfest yang membariskan aktiviti-aktiviti seperti pameran kenderaan MINI, sesi pandu uji eksklusif, sesi melukis secara ‘live’, serta beraneka program hiburan dan bengkel untuk membangkitkan semangat kekitaan dalam kalangan warga MINIacs sebagai sebuah keluarga besar.

MINIfest 2023 akan kembali di Malaysia, raikan 'Big Love' untuk peminat kereta comel ini 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Amati keceriaan suasana festival ini, di mana anda dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang mengujakan – antaranya MINI Slingshot di mana para pengunjung akan dapat menyaksikan MINIfest dari satu sudut yang lebih memukau, serta pelbagai permainan karnival kegemaran ramai.

Bukan itu sahaja, acara ini turut disokong oleh rakan-rakan jenama MINI dari pelbagai latar belakang; termasuk vendor-vendor bergerak yang menawarkan aneka produk menarik. Daftarkan kehadiran anda ke acara ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik daripada rakan-rakan kongsi kami menerusi beberapa sesi cabutan bertuah yang dijadualkan sepanjang hari tersebut.

MINIfest 2023 akan kembali di Malaysia, raikan 'Big Love' untuk peminat kereta comel ini 01

Menerusi kerjasama dengan Modle.play, MINI Malaysia telah merangka aktiviti untuk dinikmati seisi keluarga termasuk anak-anak kecil; di samping dua bengkel khas yang akan dianjurkan pada hari tersebut, serta ruang main untuk kanak-kanak yang dihiasi dengan aneka permainan diperbuat daripada kayu. Salah satu bengkel tersebut dirumus untuk memperkasa minda golongan muda dengan aktiviti membangunkan jentera MINI berkuasakan bateri, manakala bengkel yang kedua akan mencungkil kreativiti para pengunjung melalui aktiviti reka suai rantai kunci dan barang kemas MINI.

Selain hiburan, warga MINIacs juga dapat menyaksikan sejarah jenama MINI dan evolusinya yang mengagumkan melalui pameran di MINI Garage. Pameran ini akan membawa pengunjung menyusuri legasi kenderaan MINI serta transformasinya yang bertunjangkan inovasi dari detik ia diasaskan - dipersembahkan melalui peragaan jentera MINI Classic, MINI 3-Door R53, MINI 3-Door R56, MINI Coupe R58, MINI Countryman R60, dan MINI Paceman JCW R61.

Festival ini juga menampilkan 12 vendor popular di Tiffin at the Yard yang akan menyajikan pelbagai juadah istimewa bertema MINI.

MINIfest 2023 akan kembali di Malaysia, raikan 'Big Love' untuk peminat kereta comel ini 02

Program Pandu Uji juga akan diadakan sepanjang hari tersebut dari jam 11 pagi - 7 malam bagi memberi warga MINIacs peluang untuk mengalami sendiri kehebatan jentera MINI Countryman dan MINI Electric di acara tersebut.

Info acara MINIfest 2023 adalah seperti berikut:

  • Tarikh: Sabtu, 22 Julai 2023
  • Waktu: 11:00 pagi – 9:00 malam
  • Lokasi: Tiffin at the Yard @ Sentul Depot, Sentul West, Jalan Stracha, 51100, Kuala Lumpur.

Hadiah alu-aluan eksklusif akan diagihkan kepada 200 pengunjung terawal yang telah membuat pradaftar sahaja, manakala 300 pengunjung pradaftar yang seterusnya akan dihadiahkan baucar F&B. Untuk maklumat lanjut mengenai MINIfest 2023 atau jika anda ingin membuat prapendaftaran, sila klik pautan ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 MINI 3 Door Electric

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda